NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN berjaya tawan Selangor sekiranya cukup dua syarat - EMGC



SHAH ALAM - Kajian Endeavour-MGC (EMGC) melaporkan, majoriti responden bersetuju untuk mengekalkan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, EMGC merumuskan, Perikatan Nasional (PN) mampu untuk memenangi dan menakluki negeri tersebut daripada PH dengan memenuhi dua syarat kritikal.

Jelas firma itu, syarat pertama ialah pengundi Melayu PH dan Barisan Nasional (BN) yang tidak lagi komited kepada parti tersebut dan beralih kepada PN.

“Ia sekali gus akan mengurangkan sokongan terhadap PH dan BN kepada kira-kira satu pertiga daripada semua undi Melayu.

“Pengundi ini (yang tidak komited kepada PH-BN) adalah mereka yang merasakan sebelum kempen PRN, mereka akan mengundi PH atau BN, tetapi mereka tidak bersetuju dan/atau kecewa dengan PH-BN dalam isu kaum (hak atau kedudukan Melayu), agama dan masalah kos sara hidup.

“Blok pengundi ini mungkin kebanyakannya terdiri daripada bekas pengundi BN tetapi juga sebahagian kecil pengundi PH,” menurut hasil kajian tersebut.

Jelas EMGC, syarat kedua ialah peratusan keluar mengundi Melayu perlu 20 peratus atau lebih daripada bukan Melayu.

Sebagai contoh, sekiranya peratusan keluar mengundi Melayu ialah kira-kira 85 peratus, oleh demikian jumlah keluar mengundi bukan Melayu hendaklah hanya 65 peratus.

“Anggaran penganalisis menunjukkan ini telah berlaku dalam PRN sebelum ini. Contohnya di Johor apabila peratusan keluar mengundi Melayu dianggarkan kira-kira 25 peratus lebih daripada peratusan bukan Melayu,” ujarnya.

Tambah EMGC, PN telah menunjukkan keberkesanan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu apabila berjaya meraih blok sokongan Melayu daripada BN dan pengundi baharu.

“Memandangkan PN memerlukan kedua-dua syarat dipenuhi untuk memenangi negeri itu, dan merujuk kepada tinjauan kerusi DUN majoriti Melayu Selangor (34 Kerusi DUN) terbaharu ini, mungkin PH-BN kekal sebagai kerajaan walaupun dengan majoriti mudah,” katanya.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo