Upacara angkat sumpah 40 Adun Pulau Pinang akan berlangsung esok. (Gambar Bernama) |
GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) belum memutuskan siapa akan dilantik sebagai ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang.
Upacara angkat sumpah semua 40 Adun dijadual berlangsung pagi esok.
Sumber PAS memberitahu FMT, pimpinan pusat PN membincangkan perkara itu, namun tiada keputusan diumum.
Bagaimanapun, menurut sumber Bersatu, pimpinan PN negeri masih berunding sama ada ketua pembangkang daripada PAS atau parti itu.
“Tiada Adun terlibat langsung dalam apa jua perbincangan,” kata sumber Bersatu.
“Saya fikir pimpinan tertinggi ada menasihatkan negeri (pimpinan PN) juga membuat rundingan. Saya rasa ia akan selesai segera.”
PN menang 11 kerusi pada PRN 12 Ogos dengan PAS menguasai tujuh kerusi (Sungai Dua, Permatang Pasir, Pulau Betong, Sungai Bakap, Permatang Berangan, Pinang Tunggal, dan Penaga) dan Bersatu empat (Penanti, Telok Ayer Tawar, Telok Bahang dan Seberang Jaya).
Satu lagi komponen PN, Gerakan bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi.
Dalam pada itu, bekas ketua pembangkang negeri, Khaliq Mehtab Ishaq berkata, tidak semestinya pembangkang memutuskan pemilihan ketua pembangkang sebelum upacara angkat sumpah.
Katanya, lebih baik bagi pimpinan pusat dan negeri membincangkan perkara itu dan mengemukakan pandangan masing-masing.
“Saya harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” kata bekas Adun Bertam.
Bekas Adun Sungai Dua daripada Barisan Nasional, Yusoff Noor, adalah ketua pembangkang sejak Ogos 2018 sehingga BN membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).
Khaliq kemudian menjadi ketua pembangkang pada 3 Mac lalu, namun kerusinya diisytiharkan kosong tiga hari kemudian.
Beliau antara empat Adun Bersatu yang dipaksa mengosongkan kerusi masing-masing kerana “melompat” pada 2020. Semua Adun berkenaan menang pada PRU14 atas tiket PH.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment