KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan.
Menurutnya, Kerajaan Perpaduan yang dipimpininya tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk mencuri wang atau menghukum sesiapa sewenang-sewenangnya.
"Ada usaha yang bangkit untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan yang saya pimpin, tidak mengizinkan orang curi duit, tak izinkan orang hukum sewenang wenang.
"Masih tetap Islam. Masih tetap jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera. Jadi, tidak adillah untuk memfitnah seolah-olah kita tinggalkan Islam dan tinggalkan agama dan hanya kelompok tertentu saja jaga Islam dan agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pada Rabu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meminta pengurusan AIM untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan tambahan untuk meningkatkan minat anak-anak dalam Matematik dan Sains menerusi kursus tambahan.
Sementara itu, AIM menerima empat pengiktirafan secara serentak daripada Malaysia Book of Records untuk empat rekod kebangsaan bersempena Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia itu.
Empat pengiktirafan itu adalah seperti berikut:
- Mesyuarat Usahawan Wanita Terbesar Secara Online: dari 4,491 pusat
- Pembiayaan tertinggi diluluskan secara serentak kepada usahawan wanita: RM32,077,220.00
- Bacaan ikrar oleh usahawan wanita teramai:183,112 orang
- Kehadiran ahli mesyuarat usahawan wanita teramai: 183,112 orang. - AWANI
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment