NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Terengganu salah UMNO atas kekalahan di Terengganu


PETALING JAYA:
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menang beberapa kerusi di Terengganu jika sikap “abang besar” tidak mendominasi pembahagian kerusi negeri itu.

Pengerusi PH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, berkata dua gabungan itu bersetuju untuk memberikan kerusi campuran khususnya di DUN Bandar dan Chukai kepada PH pada peringkat awal namun ia tidak dilaksanakan.

“Ini adalah kesilapan yang besar dan kita telah hilang peluang memenangi kerusi seperti ini di mana PH mempunyai kelebihan.

“Di sinilah perlunya mengakui kelebihan tertentu rakan gabungan dalam menghadapi pengundi di kawasan bandar serta pengundi campuran dan jangan mengamal sikap abang besar,” katanya dalam kenyataan.

BN bertanding di 27 kerusi manakala PH lima. Bagaimanapun gabungan calon perpaduan itu kalah di semua DUN Terengganu, selain Umno gagal mengekalkan kemenangan di 10 kerusi dimenanginya pada PRU14.

Beliau menyifatkan keputusan buruk BN-PH pada PRN semalam tidak begitu mengejutkan, susulan gabungan itu gagal menggunakan strategi dan perancangan baik.

Sebelum ini, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said mengingatkan PKR supaya “ukur baju di badan sendiri” susulan permintaan parti itu bertanding di banyak kerusi pada PRN.

Ahmad yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, PH perlu sedar kekuatan jenteranya dan menerima hakikat pertarungan sebenar di negeri itu hanya membabitkan PAS dan Umno.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Raja Kamarul yang menyifatkan semua parti dalam kerajaan campuran mempunyai kelebihan tersendiri, sambil mendakwa Amanah walaupun parti baharu mampu menjadi penentu di negeri berkenaan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo