NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH guna NGO pro PH tawar bas percuma balik mengundi

SEPANG: Pengundi yang mahu menaiki bas percuma untuk pulang bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini tidak akan ditanya sokongan kepada parti tertentu.

Jaminan berkenaan disuarakan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Sungai Pelek, Lwi Kian Keong dan memuji usaha itu hasil inisiatif sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Jangan bimbang kerana pihak penganjur bas ini tidak akan tanya kamu akan undi parti mana bahkan tiada kempen politik sepanjang perjalanan nanti,” kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, tular hebahan oleh NGO tempatan dikenali sebagai SKLHA Youth and Rakyat Supervision yang menawarkan perkhidmatan bas itu untuk pengundi yang berada di sekitar Johor ingin pulang untuk mengundi di Pulau Pinang dan Kedah selain Negeri Sembilan serta Selangor.

Malah, NGO berkenaan ada juga menyediakan perkhidmatan sama kepada pengundi di Lembah Klang yang mahu balik menunaikan tanggungjawab di Pulau Pinang dan Kedah.

“Sesiapa yang berminat, sila segera hubungi penganjur menerusi aplikasi Whatsapp atau pautan disediakan kerana kekosongan ini berdasarkan siapa cepat dia dapat,” kata beliau.

Inisiatif NGO itu ujarnya, hanya melibatkan perjalanan sehala dan mereka yang menerima makluman, diminta datang sebelum pukul 8 malam Jumaat ini di lokasi ditetapkan iaitu di Dewan Masyarakat BK2 dekat stesen LRT Kinrara BK5 untuk destinasi ke utara, manakala di Johor pula di JB City Square, Johor Bahru.

Kian Keong berharap, pengundi Sungai Pelek yang menetap di selatan tanah air termasuk Singapura yang kurang berkemampuan supaya merebut peluang disediakan NGO tersebut. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo