PH-BN, RETAK MENANTI BELAH
1. Sejak mula-mula UMNO-PH mahu melakukan kerjasama hingga kini, hampir kesemua pimpinan utama kedua-dua parti mengeluarkan pelbagai alasan dan hujah bagi menjustifikasikan tindakan mereka yang telah membelakangi undi penyokong masing-masing. Masing-masing mahu meyakinkan penyokong mereka bahawa ijtihad mereka ini adalah untuk menstabilkan negara dan menjunjung titah Tuanku.
2. Mana mungkin pengundi UMNO lupa sisi gelap Anwar yang sudah dua kali dihukum penjara. Kebiadaban sebahagian pemimpin DAP yang gemar meniupkan api perkauman juga segar dalam ingatan. Siri ceramah kebanyakan pimpinan tertinggi UMNO seperti Lokman Adam juga banyak memberikan serangan tajam kepada Anwar Ibrahim.
3. Mana mungkin pengundi PH lupa bahawa dahulu mereka mengatakan UMNO adalah parti perompak wang negara sebagaimana kes 1MDB dan sebagainya. PH mengerahkan seluruh bala jentera pilihanraya menyerang Zahid dan Barisan Nasional yang dikatakan korup sehingga sebuah lagu khas “hoi ya hoi” dicipta untuk menggambarkan BN sebuah parti penyamun.
4. Bak kata MB Kedah, koalisi ini sungguh pelik dan dianggap luar tabie. Pelbagai hujah dikeluarkan untuk membenarkan tindakan penggabungan ini. Hujah yang paling kerap didendangkan adalah tindakan ini diambil demi kestabilan politik serta menjunjung titah Tuanku membuatkan mereka terpaksa mengetepikan perbezaan politik. Padahal Tuanku tidak pernah pun menitahkan UMNO dan PH wajib bergabung. Hasrat Tuanku yang sebenar adalah kerajaan yang dibentuk mesti bercirikan kerajaan perpaduan.
5. Kayu ukur untuk membuktikan kerjasama ini dapat diterima oleh ahli UMNO dan Pakatan Harapan adalah dengan melihat kepada keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor 12 Ogos 2023 nanti. Hanya rakyat yang dapat memberikan jawapannya.
6. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
No comments
Post a Comment