NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH-BN ‘dihukum’ kerana gagal beri peruntukan sama rata, kata Ahli Parlimen PKR



PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR mendakwa gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mungkin dihukum orang Melayu Islam di tiga negeri pada PRN lalu kerana gagal mengagihkan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata beliau telah membangkitkan perkara itu sejak pentadbiran PH di bawah Dr Mahathir Mohamad namun tidak diendahkan yang akhirnya kerajaan itu hanya bertahan selama 22 bulan.

Hassan berkata selepas PRU15 beliau membuat desakan supaya pemerintah berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen termasuk blok pembangkang tetapi malangnya sehingga kini kerajaan diketuai Anwar Ibrahim gagal memberi peruntukan sama rata.

Ads by Kiosked

Menurutnya, perbuatan itu disaksikan rakyat di negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN)
yang merasakan hak mereka mendapat dana pembangunan menerusi Ahli Parlimen telah dinafikan.

“Maka apabila sampai waktu pilihan raya PRN baru-baru ini, rakyat Melayu Islam di negeri-negeri jajaran timur dan utara itu menghukum parti-parti politik PH-BN yang menguasai kerajaan pusat di Putrajaya,” katanya di Facebook.

Pada PRN minggu lalu, BN-PH hanya menang masing-masing dua kerusi di Kedah serta Kelantan dan kalah semua DUN ditandingi di Terengganu.

Bagaimanapun, gabungan itu mengekalkan pentadbiran di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Hassan berpendapat penolakan juga berpunca kerana rasa tidak puas hati orang Melayu Islam yang merasakan hak mereka di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dirampas kelompok elit serta kroni semasa pemerintahan Umno.

“Golongan atasan Melayu yang korup, serakah dan tidak amanah itu telah mengkayarayakan diri sendiri, anak pinak, kaum keluarga dan kroni-kroni kelas atasan mereka.

“Mereka ini adalah elit politik dan ekonomi menguasai punca kuasa di Kuala Lumpur dan Putrajaya selama lebih 60 tahun di bawah kekuasaan Umno,” katanya yang menegaskan prestasi buruk PH-BN pada PRN bukan berpunca “dosa” Anwar sebaliknya sistem federalisme tidak adil.

Beliau berkata, PH menjanjikan harapan pada masa depan berbanding PN, jika wawasan Madani digagaskan Anwar dilaksana secara adil dan inklusif yang akhirnya dapat membuka hati rakyat di jajaran timur dan utara Semenanjung.

“Jadi jangan takut dan panik dengan gelombang hijau, ia adalah fenomena politik, bukan momok atau hantu,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo