NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perubahan boleh berlaku jika PH-UMNO kalah selepas PRN - TGHH



Sebarang kemungkinan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh berlaku jika Pakatan Harapan (PH)-UMNO kalah di enam negeri, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu memberi bayangan lanskap politik negara boleh berubah selepas PRN nanti dan rakyat berpeluang untuk menunjukkan bantahan mereka kepada kerajaan campuran yang gagal sepanjang beberapa bulan pemerintahan mereka.

“PRN enam negeri yang baki ini sangat penting untuk menangkan PN (Perikatan Nasional). Perlu menang besar.

“Insya-Allah, kita menang sepenuhnya Kelantan, Kedah dan Terengganu. Kita nak menang juga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.


“Kalau menang ini akan berlaku perubahan kerajaan pusat. Itu maknanya,” katanya semasa berceramah di Merchant Square, Bandar Sendayan, malam tadi.

Hadi tidak menjelaskan lanjut bagaimana pertukaran itu boleh berlaku, namun gelombang rakyat boleh menjadi penentu senario politik negara selepas PRN nanti.

Sementara itu, Hadi yakin PN akan mencapai sasaran itu jika lebih ramai pengundi Melayu keluar mengundi.

“Kaum lain keluar undi 90 peratus, Melayu 70 peratus. Masih ramai tak nak keluar undi,” katanya lagi.

Pada PRN kali ini, PH dan UMNO masuk bertanding sebagai satu rakan politik walaupun sebelum ini menjadi seteru bersama.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dahulunya menolak DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi rakan politik baharu berkempen bersama pada PRN enam negeri kali ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo