NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Permohonan Wan Ji Ustaz AMANAH rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan ditolak dalam isu menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah


PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Sehubungan itu, mahkamah akan meneruskan pendengaran rayuan Wan Ji pada 25 September ini.

Hakim Vazeer ketika menyampaikan keputusan tersebut berpuas hati bahawa panel itu tidak mempunyai bidang kuasa merujuk ke Mahkamah Persekutuan persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Wan Ji.

Mahkamah berpendapat, sebarang persoalan undang-undang yang dibangkitkan boleh dihujahkan dalam pendengaran rayuan penuh yang akan ditetapkan kelak asalkan ia terkandung dalam petisyen rayuan.

Sehubungan itu, Hakim Vazeer menolak notis usul yang difailkan oleh Wan Ji untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Panel tersebut sepatutnya mendengar rayuan akhir pendakwah bebas itu terhadap hukuman penjara setahun kerana mengeluarkan perkataan menghina Sultan Selangor, sembilan tahun lalu.

Terdahulu, peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Wan Ji memohon panel itu membenarkan permohonannya agar mahkamah itu merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan, ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling atas alasan Mahkamah Rayuan hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan, bukan rujukan.

May Ling berhujah, persoalan undang-undang juga tidak dibangkitkan di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun permohonan untuk merujuknya ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Muhammad Faiz menjelaskan, ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk merujuk persoalan perlembagaan dan dibenarkan oleh hakim bicara.

Dalam pada itu, Hakim Vazeer mencadangkan pihak pembelaan memasukkan persoalan perlembagaan ketika penghujahan dalam rayuan penuh kelak.

“Kami akan menyemak semula petisyen rayuan dan mempertimbang sama ada ia perlu dipinda,” ujar Muhammad Faiz.

Wan Ji didakwa menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 10 pagi, 5 November 2012.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Dia dituduh pada 10 September 2014 sebelum didapati bersalah di akhir perbicaraan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan silang pendakwaan dan meminda hukuman tersebut dengan menambah hukuman penjara sembilan bulan itu kepada satu tahun. -UTUSAN


........
Komen: Rupa geng PH  hina sultan


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo