NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis ‘akur’, guna logo ‘Malaysia Madani’

Perlis mengikut tindakan Terengganu, Kelantan, dan Kedah menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan selaras kerajaan persekutuan.


PETALING JAYA: Perlis akhirnya “akur” menggunakan logo “Malaysia Madani” untuk sambutan Hari Kebangsaan selepas enggan berbuat demikian sebelum ini.

Pada 20 Ogos, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata kerajaan negeri menolak menggunakan logo itu kerana mempunyai perkataan tersebut, namun tidak mempunyai masalah dengan tema “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Menurut Bernama, Shukri berkata, keputusan menggunakan logo dan tema sama dibuat bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis 2023.

“Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan moto yang sama seperti pusat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada malam 30 Ogos nanti,” katanya ketika dihubungi.

Keputusan itu menyaksikan tiada negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo dan tema berbeza seperti dicadangkan Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari.

Pada 19 Ogos, Fadhli memperkenalkan logo Hari Kebangsaan PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan digabungkan elemen warna pada Jalur Gemilang dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Fadhli berkata, logo dan tema itu bakal digunakan untuk ucapan pimpinan PN sempena Hari Kebangsaan, namun akan mencadangkannya diperluaskan ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis yang ditadbir gabungan itu.

Namun, Presiden Gerakan Dominic Lau membantah sambil menyatakan sambutan Hari Kebangsaan tidak patut dipolitikkan dan gabungan pembangkang itu tidak patut dilihat cuba berbuat demikian.

Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo