NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri tiada hak kempen guna helikopter kerajaan, kata Azmin

Sabtu lalu Anwar Ibrahim memberitahu pengkritik, beliau berhak menggunakan helikopter milik kerajaan kerana dirinya perdana menteri.



PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiada hak menggunakan helikopter kerajaan untuk ke Kedah berkempen menjelang PRN, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali.

Beliau menyifatkan tindakan itu menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


“Kita tidak boleh salah guna sumber kerajaan dan menggunakannya untuk aktiviti kempen kita,” katanya menurut China Press dalam ceramah di Hulu Kelang malam tadi.

Beliau berkata, walaupun Anwar berhak menggunakan helikopter itu, tetapi hanya boleh berbuat demikian bagi menjalankan tugas rasminya sebagai perdana menteri.

Sabtu lalu, Anwar menjawab kritikan Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor dengan mempertahankan tindakan menggunakan helikopter milik kerajaan kerana beliau adalah perdana menteri.

“Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?

“Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” kata Anwar dalam majlis di Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah.

Minggu lalu, Anwar memilih menggunakan helikopter untuk menghadiri program di pelbagai kawasan pedalaman Kedah, termasuk Jeneri dan Kupang.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo