NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbicaraan rasuah bersambung esok, Zahid ada mesyuarat Kabinet

Zahid Hamidi dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan rasuah Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini akan disambung esok.

Peguam Hisyam Teh memberitahu wartawan, timbalan perdana menteri itu perlu menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Mahkamah membenarkan (perbicaraan) hari ini ditangguhkan dan kita sambung esok,” katanya.

Bekas setiausaha Zahid, Rosiah Osman akan meneruskan keterangannya di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 tuduhan membabitkan pecah amanah, lapan bagi rasuah dan baki untuk pengubahan wang.

Pada Januari dan Februari lalu, Zahid menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan tuduhan itu.

Tetapi, mahkamah diberitahu semalam, pendakwaan masih mempertimbangkan representasi itu.

Pasukan pembelaan kemudian memanggil saksi untuk memberi keterangan.

- FMT

........
Komen: Pelepasan yg ditunggu-tunggu Zahid


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo