KUALA LUMPUR: Penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki selamat menjadi saudara baharu apabila memeluk agama Islam, pagi tadi.
Perkembangan itu dikongsikan PDRM FC menerusi akaun Facebooknya, hari ini.
Menerusi hantaran terbabit, skuad 'The Cops' menzahirkan rasa syukur atas berita gembira terbabit.
"Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.
"Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.
"Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar," kata pasukan itu.
Penyerang berusia 30 tahun itu mengucap di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL) SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) Pulapol KL, Superintendan Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.
Sebagai rekod, Suzuki bukanlah pemain yang asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila pernah mewakili beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Terengganu FC II (TFCII) dan juga TFC.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment