NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peniaga harap ada tindakan daripada PM turunkan harga barang



JOHOR BAHRU – Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Medan Selera Taman Cempaka di sini hari ini diharapkan membawa berita gembira kepada para peniaga di kawasan itu.

Salah seorang daripadanya, Nur Aslindah Sulaiman, 52 berharap pemimpin nombor satu negara itu dapat mempertimbangkan mengenai masalah yang dihadapi sekarang.

Jelasnya, kenaikan harga barang secara mendadak sekarang memberi kesan langsung kepada peniaga kecil sepertinya.

Menurut beliau, harga barang yang tinggi meberi kesan kepada harga produk jualan seterusnya menjadikan pelanggan sentiasa merungut.

Selain itu, Nur Aslindah juga berharap medan peniaga dinaik taraf supaya menarik perhatian pengunjung.

“Tolonglah turunkan harga barang-barang macam, telur dan bahan-bahan mentah lain jadi kita sebagai peniaga lain tidak terasa sangat kenaikan terlalu tinggi dan kami pun boleh kekalkan harga sedia ada ini.

“Satu lagi, minta pihak berkuasa tambah tempat letak kereta kerana ia meningkatkan jumlah pelanggan yang datang,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Zalina Mohd Fadzil,39,  turut mahu kerajaan berbuat sesuatu kepada isu harga barang yang semakin naik.

Kunjungan Anwar ke medan selera itu diharap bukan sekadar lawatan biasa malah membawa berita gembira kepada para peniaga di situ dan seluruh negara.

“Ada barang kurang, ada barang mahal jadi kita tidak boleh apa. Kalau kita jual mahal pelanggan merungut.

“Ada barang turun ada barang tidak turun jadi benda itu tak seimbang dan memang kita harap harga barang turunlah sebab naik memang drastik. Kalau barang turun memang sangat membantulah,” katanya.

Manakala bagi peniaga seperti Mohd Shah Namil pula gembira dengan kunjungan pemimpin nombor satu di medan selera berkenaan.

Menurut beliau, ia merupakan kali pertama pemimpin itu mengunjungi medan selera berkenaan.

“Kami nak ucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri sudi hadir ke sini kami harap ada berita gembira dibawanya ke sini.

“Harapan kami supaya Perdana Menteri dapat mengawal harga barang dalam pasaran,” katanya.

Anwar hari ini akan mengadakan lawatan khasnya ke Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang tidak lama lagi.

Selepas makan tengahari serta beramah mesra dengan masyarakat  di sini, Perdana Menteri akan menunaikan solat Jumaat Masjid Ar Rahman Taman Dahlia. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo