NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundian berjalan lancar, banyak pusat mengundi lengang berbanding PRU15

PETALING JAYA – Kebanyakan pusat-pusat mengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pagi ini dilaporkan lengang dengan orang ramai hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk membuang undi.

Menurut perkongsian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 10 pagi ini, peratusan mengundi di lima buah negeri berada di bawah 20 peratus kecuali di Terengganu yang mencatat 22 peratus.

Orang ramai turut berkongsi suasana lengang di pusat-pusat mengundi yang dihadiri menerusi media sosial masing-masing.

Menurut Asheeqmazmi Mahfoz, dia hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sungai Buloh.

“Kami keluar rumah seawal 8 pagi dan sampai pusat mengundi, lengang je. Tidak ramai orang pagi-pagi dan tak sampai 15 minit, siap semuanya,” katanya.

Iskandar Abdul Samad pula yang membuang undi di Sekolah Rendah Agama Pandan Indah turut melahirkan rasa bimbang dengan bilangan yang keluar mengundi yang dianggap amat kecil pagi ini.

“Sekolah agama tempat saya mengundi lengang. Saya tidak perlu beratur kerana tidak ada barisan. Pada PRU November lepas di tempat yang sama, saya terpaksa beratur panjang.

“Keadaan yang sama di Sekolah Agama Jalan L5, Kg Pandan di mana isteri saya mengundi. 2 – 3 orang sahaja yang barbaris. 10 minit selesai,” tulisnya.

Nur Adilah Darliana Abdullah pula menyeru orang ramai untuk ramai-ramai keluar mengundi pada pagi ini memandangkan suasana agak lengang.

“Siapa yang mengundi di SK Andalas, cepat-cepat datang. Tak ada orang dan kami datang terus masuk. 5 minit dah siap semuanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo