Seorang perdana menteri memang berhak menggunakan aset kerajaan namun ia hanya untuk urusan rasmi kerajaan bukannya berkempen.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata adalah menjadi kesalahan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen di Kedah, baru-baru ini.
“Tuan-tuan boleh tengok belanja mengurus di peringkat Persekutuan 82%, belanja pembangunan hanya 18%. Maknanya apa? Mereka berbelanja secara mewah.
“Helikopter… Betullah helikopter perdana menteri boleh pakai tapi untuk urusan rasmi kerajaan bukan untuk berkempen dalam pilihan raya.
“Itu satu kesalahan. Kita tidak boleh menggunakan aset kerajaan untuk berkempen dalam pilihan raya dan ini sedang dilakukan. Sebab itu belanja mengurus melonjak kepada 82%.
“Dengan belanja pembangunan 18%, bagaimana mungkin rakyat dapat pembangunan yang sempurna? Pembangunan yang lestari? Tidak boleh,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum DUN Hulu Kelang, malam tadi.
Sabtu lalu, Anwar menegaskan, beliau berhak menggunakan kemudahan itu berikutan kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?
“Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” katanya seperti dilaporkan media dalam program di Felda Teloi Timur pada Jumaat.
Kawasan Felda itu sebahagian dari DUN Jeneri yang disandang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sementara itu, Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor menegaskan sekiranya kerajaan PN terbentuk di Selangor pada 12 Ogos ini, rakyat akan terus menikmati program air percuma tanpa lengah.
Ketika saya berada di Selangor pada tahun 2017, itu adalah tahun yang cukup gemilang bagi negeri Selangor. Saya naikkan belanja pembangunan negeri Selangor kepada 52% saya turunkan belanja mengurus kepada 48%.
“Hari ini kononnya dengan nama penjajaran, hanya B40 yang dapat. Tetapi mereka lupa B40 sudah tidak ada. Sekarang ini sudah B60 atau B70, sebab itulah ramai yang tercicir, tidak lagi dapat menikmati bekalan air percuma.
“Maka dalam tawaran kita yang salah satu ditawarkan, hari ini kita menang, saya ulang…esok rakyat Selangor dapat air percuma daripada kerajaan Perikatan Nasional. Bukan saja B40 tetapi mana-mana isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM15,000 akan tetap mendapat air percuma,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment