TUN Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan istilah ‘kakistokrasi’ terhadap kerajaan pusat. Menurut beliau, ia membawa makna negara yang diperintah oleh orang yang tidak tahu memerintah.

Menurut kamus Oxford dan Wikipedia, istilah kakistokrasi membawa erti kerajaan yang ditadbir oleh mereka yang teruk, tidak berkelayakan, atau mereka yang tidak bertanggungjawab atau tidak menunaikan amanah. Kesimpulannya, maksud kakistokrasi ertinya sesebuah pemerintahan itu berada bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin.

Ada juga kalangan mereka yang menghuraikan istilah itu dengan memetiknya melalui bahasa Melayu yang mudah, bermaksud mereka memimpin dengan menggunakan kaki tanpa berfikir dengan menggunakan otak di kepala yang berakal sihat.

Sebenarnya, Rasulullah SAW telah memberikan amaran yang mendahului ilmuwan Barat, melalui jawapannya kepada seorang Arab Badwi yang bertanyakan bilakah berlakunya kiamat yang akan menghancurkan alam. Sabdanya:

Ų„ِŲ°َŲ§ ‌Ų¶ُŁŠِّŲ¹َŲŖِ ‌Ų§Ł„Ų£َŁ…َŲ§Ł†َŲ©ُ، ŁَŲ§Ł†ْŲŖَŲøِŲ±ِ Ų§Ł„Ų³َّŲ§Ų¹َŲ©َ.

“Apabila dihilangkan amanah, maka tunggulah berlakunya kiamat.”

Apabila ditanyakan, bagaimanakah cara hilangnya amanah, maka Baginda bersabda:

Ų„ِŲ°َŲ§ ŁˆُŲ³ِّŲÆَ Ų§Ł„Ų£َŁ…ْŲ±ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ ŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡ِ، ŁَŲ§Ł†ْŲŖَŲøِŲ±ِ Ų§Ł„Ų³َّŲ§Ų¹َŲ©َ.

Apabila diserahkan urusan (memimpin rakyat) kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah berlakunya kiamat (kemusnahan alam).” [Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, No. 59, daripada Abu Hurairah].

Apa yang dijelaskan dalam hadis di atas adalah menepati firman Allah SWT:

﴿ŲøَŁ‡َŲ±َ Ł±Ł„ۡŁَŲ³َŲ§ŲÆُ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲØَŲ±ِّ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲØَŲ­ۡŲ±ِ ŲØِŁ…َŲ§ ŁƒَŲ³َŲØَŲŖۡ Ų£َŁŠۡŲÆِŁŠ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ł„ِŁŠُŲ°ِŁŠŁ‚َŁ‡ُŁ… ŲØَŲ¹ۡŲ¶َ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ْ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁ‡ُŁ…ۡ ŁŠَŲ±ۡŲ¬ِŲ¹ُŁˆŁ†َŁ¤Ł”﴾

“Telah nampak pelbagai kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

Hal ini termasuklah tangan-tangan yang salah mengundi dalam memilih pemimpin, kemudian diikuti oleh pemimpin yang salah dipilih itu dengan melakukan kerosakan dan kejahatan yang membawa kepada kemusnahan negara, rakyat dan alam sekeliling.

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ…ِŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ł…َŁ† ŁŠُŲ¹ۡŲ¬ِŲØُŁƒَ Ł‚َŁˆۡŁ„ُŁ‡ُŪ„ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ­َŁŠَŁˆٰŲ©ِ Ł±Ł„ŲÆُّŁ†ۡŁŠَŲ§ ŁˆَŁŠُŲ“ۡŁ‡ِŲÆُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ł…َŲ§ ŁِŁŠ Ł‚َŁ„ۡŲØِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŁ„َŲÆُّ Ł±Ł„ۡŲ®ِŲµَŲ§Ł…ِŁ¢Ł Ł¤﴾

“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) akan isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras.” [Surah al-Baqarah: 204]

Orang yang pandai menyusun kata-kata yang menarik dan menggoda, hakikatnya tidak sepadan dengan ilmunya. Contohnya, mereka menyatakan janji-janji yang menarik, namun tidak boleh ditunaikannya.

Amanah yang paling besar dalam Islam ialah amanah memilih pemimpin yang memerintah dengan adil. Firman Allah SWT:

﴿Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŲ£ۡŁ…ُŲ±ُŁƒُŁ…ۡ Ų£َŁ† ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŲ£َŁ…َٰŁ†َٰŲŖِ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰٓ Ų£َŁ‡ۡŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŁƒَŁ…ۡŲŖُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ† ŲŖَŲ­ۡŁƒُŁ…ُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ¹َŲÆۡŁ„ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł†ِŲ¹ِŁ…َّŲ§ ŁŠَŲ¹ِŲøُŁƒُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ٓۗ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų³َŁ…ِŁŠŲ¹َۢŲ§ ŲØَŲµِŁŠŲ±ٗŲ§Ł„ŁØ﴾

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak (layak) menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Islam menyebutkan istilah Ulu al-Amri (golongan mereka yang mengendalikan urusan umat yang terdiri daripada kalangan pemimpin dan ilmuwan dalam segala lapangan agama serta urusan keduniaan).

Para ulama’ Fiqh Siasah Syar‘iyyah (Fiqh Politik Islam) meletakkan syarat pemimpin yang dipilih itu tidak cukup sekadar Islam, beriman dan berilmu sahaja. Bahkan, juga diwajibkan ke atas para pemimpin bersifat ‘adalah Ų¹ŲÆŲ§Ł„Ų©)) yang bermaksud tidak fasiq (jahat) melakukan dosa besar, dan dosa kecil sepanjang masa.

Termasuklah kekerapannya dan tidak melakukan perkara yang tidak bermaruah, termasuk melompat ke sana ke mari dan berlakon mengikut rentak gendang yang dipalu. Keadaan ini sekali gus menunjukkan keperibadian yang tidak istiqamah.

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َŲ§ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¦ِŁ…َّŲ©ٗ ŁŠَŁ‡ۡŲÆُŁˆŁ†َ ŲØِŲ£َŁ…ۡŲ±ِŁ†َŲ§ Ł„َŁ…َّŲ§ ŲµَŲØَŲ±ُŁˆŲ§ْۖ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ€َٔŲ§ŁŠَŁ€ٰŲŖِŁ†َŲ§ ŁŠُŁˆŁ‚ِŁ†ُŁˆŁ†َŁ¢Ł¤﴾

“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberikan petunjuk dengan perintah Kami selagi mereka bersabar. Dan mereka itu meyakini ayat-ayat Kami.” [Surah al-Sajdah: 24]

Para pemimpin yang beriman, beramal soleh dan berjuang dengan sabar menentang kezaliman dan kemungkaran. Dalam pada itu, berilmu dan berakhlak dengan istiqamah kepada ayat-ayat Allah dan janji-Nya di dunia dan akhirat yang diberikan kepercayaan dengan keperibadian yang mulia, melebihi maksud integriti yang difahami dalam istilah politik daripada ideologi ciptaan manusia.

Peribadi yang dinilai oleh pihak lain, tidak akan berkempen untuk dirinya dan mendedahkan dirinya untuk dilakukan hisbah (ombudsman). Khalifah Abu Bakar RA sebagai contoh dan teladan hasil didikan Rasulullah SAW, telah menyampaikan ucapannya setelah dibaiah menjadi ketua negara:

‌Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ ‌Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ، ‌ŁَŲ„ِŁ†ِّŁŠ ‌Ł‚َŲÆْ ‌ŁˆُŁ„ِّŁŠŲŖُ ‌Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ ‌ŁˆَŁ„َŲ³ْŲŖُ ‌ŲØِŲ®َŁŠْŲ±ِŁƒُŁ…ْ، ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų£َŲ­ْŲ³َŁ†ْŲŖُ ŁَŲ£َŲ¹ِŁŠŁ†ُŁˆŁ†ِŁŠ، ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų£َŲ³َŲ£ْŲŖُ ŁَŁ‚َŁˆِّŁ…ُŁˆŁ†ِŁŠ، Ų§Ł„ŲµِّŲÆْŁ‚ُ Ų£َŁ…َŲ§Ł†َŲ©ٌ، ŁˆَŲ§Ł„ْŁƒَŲ°ِŲØُ Ų®ِŁŠَŲ§Ł†َŲ©ٌ، ŁˆَŲ§Ł„Ų¶َّŲ¹ِŁŠŁُ ŁِŁŠŁƒُŁ…ْ Ł‚َŁˆِŁŠٌّ Ų¹ِŁ†ْŲÆِŁŠ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų£ُŲ±ِŁŠŲ­َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų­َŁ‚َّŁ‡ُ، Ų„ِŁ†ْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ، ŁˆَŲ§Ł„ْŁ‚َŁˆِŁŠُّ ŁِŁŠŁƒُŁ…ْ Ų¶َŲ¹ِŁŠŁٌ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų¢Ų®ُŲ°َ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚َّ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ، Ų„ِŁ†ْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ، Ł„َŲ§ ŁŠَŲÆْŲ¹ُ Ł‚َŁˆْŁ…ٌ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ‡َŲ§ŲÆَ ŁِŁŠ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų¶َŲ±َŲØَŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŲ§Ł„Ų°ُّŁ„ِّ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ“ِŁŠŲ¹ُ Ų§Ł„ْŁَŲ§Ų­ِŲ“َŲ©ُ ŁِŁŠ ‌Ł‚َŁˆْŁ…ٍ ‌Ł‚َŲ·ُّ Ų„Ł„َّŲ§ Ų¹َŁ…َّŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŲ§Ł„ْŲØَŁ„َŲ§Ų”ِ، Ų£َŲ·ِŁŠŲ¹ُŁˆŁ†ِŁŠ Ł…َŲ§ Ų£َŲ·َŲ¹ْŲŖُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُ، ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų¹َŲµَŁŠْŲŖُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُ، ŁَŁ„َŲ§ Ų·َŲ§Ų¹َŲ©َ Ł„ِŁŠ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ.

“Wahai semua orang (yang hadir)! Sesungguhnya, aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu. Padahal aku bukannya yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku dalam keadaan baik, maka tolonglah aku, Sekiranya aku dalam keadaan  yang salah, maka perbetulkanlah aku. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengembalikan haknya (yang dirampas secara zalim) insya-Allah. Dan orang kuat dalam kalangan kamu adalah lemah di sisiku, sehingga diambil daripadanya haknya (yang diambil secara zalim) insya-Allah. Tiadalah satu kaum itu meninggalkan jihad (meninggikan Islam), melainkan Allah menimpakan kehinaan ke atas mereka dan tidak tersebarnya kejahatan melainkan diikuti bala bencana turut menimpanya. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul, sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul jangan lagi kamu mentaatiku.” [Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Jld. 2, Hlm. 661]

Ucapan seorang pemimpin yang bertawaduk dan terbuka untuk dinasihati dan dikritik, menyedari kelemahan dirinya sebagai seorang makhluk yang tidak bersifat ketuhanan dan kenabian.

Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa akan berlaku suatu bencana pada akhir zaman yang sangat menggoda, sehingga susah difahami manakah yang benar dan salah. Sabdanya:

Ų„ِŁ†َّŁ‡َŲ§ ‌Ų³َŲŖَŲ£ْŲŖِŁŠ ‌Ų¹َŁ„َŁ‰ ‌Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ ‌Ų³ِŁ†ُŁˆŁ†َ ‌Ų®َŲÆَّŲ§Ų¹َŲ©ٌ، ‌ŁŠُŲµَŲÆَّŁ‚ُ ‌ŁِŁŠŁ‡َŲ§ ‌Ų§Ł„ْŁƒَŲ§Ų°ِŲØُ، ŁˆَŁŠُŁƒَŲ°َّŲØُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§ŲÆِŁ‚ُ، ŁˆَŁŠُŲ¤ْŲŖَŁ…َŁ†ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ْŲ®َŲ§Ų¦ِŁ†ُ، ŁˆَŁŠُŲ®َŁˆَّŁ†ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…ِŁŠŁ†ُ، ŁˆَŁŠَŁ†ْŲ·ِŁ‚ُ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ų±ُّŁˆَŁŠْŲØِŲ¶َŲ©ُ. Ł‚ِŁŠŁ„َ: ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„Ų±ُّŁˆَŁŠْŲØِŲ¶َŲ©ُ؟ ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ. Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų§Ł„Ų³َّŁِŁŠŁ‡ُ ŁŠَŲŖَŁƒَŁ„َّŁ…ُ ŁِŁŠ Ų£َŁ…ْŲ±ِ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł…َّŲ©ِ.

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menggoda (mengelirukan); apabila pembohong dianggap benar, orang yang benar dianggap bohong. Amanah diberikan kepada pengkhianat, dan dikhianati orang yang benar-benar amanah; dan orang orang yang jahil bercakap (menulis) perkara besar yang berkait dengan umat.” [Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 7912, daripada Abu Hurairah]

Hadis di atas menunjukkan betapa ramainya pembohong dan penipu yang berlakon dalam masyarakat.

Malah, akan disaksikan perubahan manusia yang berakal dengan meletakkan akalnya bukan lagi berfikir secara sihat dengan otak di kepala, tetapi meletakkan otaknya ke dalam perut dengan hanya berfikir berkenaan nafsu tanpa akal. Hidupnya kerana makan, bukan makannya kerana ingin hidup untuk menguatkan diri dan kehidupannya sebagai tugas manusia yang sebenar untuk taat kepada Allah. Mereka itu telah disifatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿Ų£َŲ±َŲ”َŁŠۡŲŖَ Ł…َŁ†ِ Ł±ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų„ِŁ„َٰŁ‡َŁ‡ُŪ„ Ł‡َŁˆَŁ‰ٰŁ‡ُ Ų£َŁَŲ£َŁ†ŲŖَ ŲŖَŁƒُŁˆŁ†ُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŁˆَŁƒِŁŠŁ„ًŲ§Ł¤Ł£ Ų£َŁ…ۡ ŲŖَŲ­ۡŲ³َŲØُ Ų£َŁ†َّ Ų£َŁƒۡŲ«َŲ±َŁ‡ُŁ…ۡ ŁŠَŲ³ۡŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų£َŁˆۡ ŁŠَŲ¹ۡŁ‚ِŁ„ُŁˆŁ†َۚ Ų„ِŁ†ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁƒَŁ±Ł„ۡŲ£َŁ†ۡŲ¹َٰŁ…ِ ŲØَŁ„ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¶َŁ„ُّ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§Ł¤Ł¤﴾

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, adakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya? (43) Atau adakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu). (44)” [Surah al-Furqan: 43-44]

Dan lagi firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆۡ Ų°َŲ±َŲ£ۡŁ†َŲ§ Ł„ِŲ¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٗŲ§ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ¬ِŁ†ِّ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ„ِŁ†Ų³ِۖ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØٞ Ł„َّŲ§ ŁŠَŁۡŁ‚َŁ‡ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¹ۡŁŠُŁ†ٞ Ł„َّŲ§ ŁŠُŲØۡŲµِŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų”َŲ§Ų°َŲ§Ł†ٞ Ł„َّŲ§ ŁŠَŲ³ۡŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ¢ۚ Ų£ُŁˆŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِŁƒَ ŁƒَŁ±Ł„ۡŲ£َŁ†ۡŲ¹َٰŁ…ِ ŲØَŁ„ۡ Ł‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¶َŁ„ُّۚ Ų£ُŁˆŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲŗَٰŁِŁ„ُŁˆŁ†َŁ”Ł§Ł©﴾

“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Apabila fikirannya ke dalam perut, perangainya menjadi laksana monyet yang melompat dan bergantung kepada pokok yang banyak buahnya untuk dimakan, tanpa mengira manakah yang benar dan salah, adil dan zalim, halal dan haram. Akhirnya, golongan itu menerima nasib seperti binatang beruk (spesies monyet) yang ditangkap dan dirantai lehernya, ditugaskan bagi memanjat kelapa dan petai.

Upahnya cukup nasi satu tempurung dan sedikit air. Berehat di atas kayu penunggulnya mencemik muka semua yang lalu lalang, merasakan dirinya yang paling cantik, mulia dan bijak. Apabila badannya sudah membesar dan taringnya sudah panjang, dia akan lebih mengganas, menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira sesiapa, termasuk tuannya sendiri.

Lebih malang lagi, sekiranya spesies sebegitu menjadi pengundi dan lebih buruk kalau diundi menjadi pemimpin rakyat atau pemimpin negara.

Maka, Allah menetapkan bahawa memilih pemimpin merupakan perkara besar yang akan ditanyakan pada Hari Kiamat nanti. Hal ini ditegaskan oleh firman-Nya:

﴿ŁŠَŁˆۡŁ…َ Ł†َŲÆۡŲ¹ُŁˆŲ§ْ ŁƒُŁ„َّ Ų£ُŁ†َŲ§Ų³ِۢ ŲØِŲ„ِŁ…َٰŁ…ِŁ‡ِŁ…ۡۖ ŁَŁ…َŁ†ۡ Ų£ُŁˆŲŖِŁŠَ ŁƒِŲŖَٰŲØَŁ‡ُŪ„ ŲØِŁŠَŁ…ِŁŠŁ†ِŁ‡ِŪ¦ ŁَŲ£ُŁˆŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِŁƒَ ŁŠَŁ‚ۡŲ±َŲ”ُŁˆŁ†َ ŁƒِŲŖَٰŲØَŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠُŲøۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ ŁَŲŖِŁŠŁ„ٗŲ§Ł§Ł” ŁˆَŁ…َŁ† ŁƒَŲ§Ł†َ ŁِŁŠ Ł‡َٰŲ°ِŁ‡ِŪ¦ٓ Ų£َŲ¹ۡŁ…َŁ‰ٰ ŁَŁ‡ُŁˆَ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ų£َŲ¹ۡŁ…َŁ‰ٰ ŁˆَŲ£َŲ¶َŁ„ُّ Ų³َŲØِŁŠŁ„ٗŲ§Ł§Ł¢﴾

“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya pada tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu; dan mereka tidak dizalimi sedikit pun. (71) Dan sebaliknya sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat daripada jalan (yang benar). (72)” [Surah al-Isra’: 71-72]

Sabda Rasulullah SAW:

Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ…َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų±َŲ£َŁˆُŲ§ Ų§Ł„ŲøَّŲ§Ł„ِŁ…َ ŁَŁ„َŁ…ْ ŁŠَŲ£ْŲ®ُŲ°ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ ŁŠَŲÆَŁŠْŁ‡ِ، ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŁ†ْŁƒَŲ±َ ŁَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲŗَŁŠِّŲ±ُŁˆŁ‡ُ، Ų¹َŁ…َّŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِŁ‡ِ.

“Sesungguhnya, apabila suatu kaum itu melihat orang yang zalim, maka tidak dihalangnya; dan melihat kemungkaran, maka tidak diubahnya; nescaya Allah akan menimpakan bencana balasan kepada semuanya.” [Ibn Abi al-Dunya, al-Amr bi al-Ma‘ruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar, Hlm. 37]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharram 1445 / 1 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 1/8/2023