NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembinaan LCS disambung bulan depan, kata panglima tentera laut

Panglima Tentera Laut Abdul Rahman Ayob berkata lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026.



KOTA KINABALU: Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut (TLDM) Abdul Rahman Ayob.

Beliau berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lalu.

“Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudra (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar.

Mengenai projek kapal misi pesisir (LMS), Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM.

“Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan,” katanya.

Sementara itu, Rahman berkata Eksesais ANGSA yang menggabungkan TLDM dan Tentera Udara (TUDM), bermula sejak 28 Julai lepas melibatkan seramai 2,562 anggota yang turut merangkumi Tentera Darat sebagai elemen sokongan dan pemerhati.

Sementara itu, Panglima TUDM Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata TUDM telah menandatangani kontrak pembelian pesawat peronda maritim baharu ATR 72 yang dijangka masuk dalam inventori TUDM mulai 2026, selain kontrak pembelian fasa pertama tiga unit sistem udara tanpa pemandu (UAS) buatan Turki.

Terdahulu, Asghar Khan ketika berucap pada majlis itu berkata selain meningkatkan tahap kesiagaan dan saling khidmat antara TUDM dan TLDM, Eksesais ANGSA kali ini adalah pemacu kepada penambahbaikan taktik, teknik serta prosedur antara kedua-dua perkhidmatan di peringkat operasional dan taktikal.

“Harapan saya usaha peningkatan elemen kebersamaan ini akan terus dipertingkatkan lagi di masa hadapan bagi membentuk sebuah angkatan tugas yang lebih matang dan diyakini dalam pelaksanaan operasi domain maritim secara kolektif,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo