NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS, PN maju mara memimpin kerajaan pusat

ALHAMDULILLAH, mari kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya yang teramat agung iaitu iman dan Islam.

Kita juga mengucapkan syukur yang tidak terhingga, di mana Allah telah mengurniakan kemenangan di tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Juga telah meningkatkan bilangan kerusi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Syukur alhamdulillah.

Di PRN enam negeri ini, kita telah boleh menjawab soalan ‘bilakah PAS-PN mampu memerintah Malaysia’ iaitu layak mentadbir di peringkat Kerajaan Pusat.

Menarik untuk dijadikan penanda aras adalah kejayaan PAS Kedah. Kedah adalah sesudah negeri yang mewakili peratus populasi kaum di Malaysia. Kaum Melayu sekitar 70 peratus, Cina 20 peratus dan 10 peratus terdiri dari kaum India.

Berbekalkan integriti YB PAS yang bersih iaitu terbukti tidak mempunyai sebarang kes rasuah.

PAS juga berdiri teguh, segar dan tegar dalam arus perdana politik Malaysia. PAS juga adalah sebuah parti yang cukup wibawa memegang kukuh di atas dasar dan prinsip parti iaitu yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, dasar PAS adalah Islam.

Sebagai sebuah parti yang cukup matang di Malaysia, PAS mewakili parti berteraskan bangsa Melayu Islam sejajar dengan polarisasi kaum majoriti di bumi Malaysia ini.

Sepanjang perjuangan harakah Islam, PAS, mempunyai pengalaman yang amat panjang lagi berharga, malah tidak ternilai berperanan sebagai semak dan imbang dalam pembangunan Malaysia.

Berbekalkan mehnah dan tribulasi, ujian dan cabaran, dinamika perjuangan PAS sentiasa berada ke satu anjakan paradigma yang memenuhi aspirasi rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Madinah, kerajaan agung yang dipimpin oleh kekasih Allah SWT iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah menjadi qudwah hasanah terulung bagi sebuah Tamadun Islam yang ada di dalamnya mesyarakat majmuk seperti Malaysia.

PAS juga telah terkehadapan dalam menubuhkan sebuah dewan yang terdiri dari non-Muslim iaitu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Dengan tertubuhnya DHPP ini, PAS secara jelas menyatakan serta menyangkal dakwaan bahawa parti ini bukanlah sebuah parti yang rasis.

Ternyata PAS terbuka untuk berkongsi kuasa dengan kaum lain, dengan menjunjung Perlembagaan Malaysia.

PAS juga berprinsip iaitu tidak pernah mengkhianati rakan tahaluf siyasi atau ta’awun siyasi. Sebaliknya PAS selalu dikhianati oleh parti gabungan.

Dari parti yang digelar ‘parti pak lebai’, PAS telah melebarkan sanyapnya sehingga perjuangan PAS telah dipandang sebuah parti diyakini kewibawaannya dengan penglibatan oleh ahli teknokrat, profesional perbagai bidang tetapi mengekalkan alim ulama sebagai tonggak kepimpinan dengan meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai tanzim tertinggi.

Kekuatan PAS adalah dari segi keahlian yang ramai, dimantapkan lagi dengan tarbiah yang disusun lengkap murni oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat.

PAS juga membangunkan sistem pendidikan yang syumul, melengkapi rohani ukhrawi, mental, spiritual serta pendidikan jasmani melalui TASTI, PASTI, SRITI, SMITI dan universiti.

Kini PAS telah bergabung dengan Bersatu dan Gerakan. Satu gandingan yang amat mantap, bersih lagi stabil. PERIKATAN NASIONAL juga membuka ruang yang besar kepada perbentukan perpaduan ummah.

Prestasi Umno di PRN enam negeri menyaksikan satu kekalahan yang amat teruk, di kala Umno diterajui oleh seorang presiden yang hanya mahu meluluskan diri dari tuduhan rasuah mementingkan  diri dari perjuangan partinya Umno.

Adalah tidak mustahil, ahli-ahli dan akar umbi Umno akan bangkit untuk menyatakan hak dan meminta presiden mereka melepaskan jawatan.

Insya-Allah Umno bakal mendapat seorang presiden baharu yang akan membawa Umno bergabung dengan PERIKATAN NASIONAL sekali gus menyaksikan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan.

Sesungguhnya Malaysia itu bermakna ‘Malay land’ dan mengikut hukumnya majoriti bangsa, Melayulah yang menjadi tonggak memimpin, mentadbir Tanah Melayu.

HAJAH KINTAN MAN
AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat
Ketua Muslimat PAS Negeri Melaka 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo