NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS pertimbang fail petisyen pilihan raya beberapa kerusi DUN

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata parti tidak menolak akan memfailkan petisyen pilihan raya dalam tempoh terdekat. 


KUALA LUMPUR: PAS akan meneliti keputusan dan laporan pilihan raya bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertikaikan pada PRN enam negeri, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, parti itu juga tidak menolak kemungkinan memfailkan petisyen pilihan raya terhadap keputusan berkenaan dalam waktu terdekat, namun tidak menyatakan kawasan berkenaan.

“PAS percaya perjalanan proses pilihan raya yang baik, teratur, dan aman adalah ciri penting sebuah masyarakat dan negara yang matang dan demokratik.

“Ia juga adalah petunjuk kepada kesediaan semua pihak untuk mendaulatkan suara dan kehendak rakyat dalam pemilihan wakil mereka, sekalipun keputusan yang dibuat mungkin tidak memihak kepada kita,” katanya dalam kenyataan.

Dalam PRN Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan menyapu bersih semua 32 kerusi DUN di Terengganu, selain memenangi 43 daripada 45 kerusi di Kelantan dan 33 daripada 36 kerusi di Kedah.

Takiyuddin berkata, PAS bersama PN komited dan akan meneruskan agenda serta khidmat terbaik untuk semua rakyat di negeri berada bawah pentadbiran PN.

“Pada masa sama PAS akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab serta konstruktif di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo