NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Penang kena belajar dengan PAS Perlis


26 Julai lalu saya membaca berita berkenaan penolakkan Dominic Lau sebagai calon Bayan Lepas mewakili Pakatan Nasional (PN) oleh PAS Kawasan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang Anas Soffy Abd Wahid berkata parti itu bukan saja membantah penyertaan Lau untuk menjadi calon PN di Bayan Lepas, bahkan di mana-mana kerusi majoriti Melayu di negeri berkenaan.

Bercakap kepada media semasa melakukan bantahan awal di Bayan Lepas petang ini, Anas Soffy berkata daripada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Pulau Pinang, hanya 15 saja kawasan yang bermajoriti Melayu.

"Mengapa dia (Lau) nak ambil tempat yang sikit ini? kata mereka.

Pejuangan Perlu Strategi

Dalam perjuangan yang mengatur strategi adalah kepimpinan sebagai ahli kita perlu ada siqh dan tiqah baharulah berperjuangan itu mendapat keberkatan. Kemenangan semata-mata tanpa keberkatan sebenar tidak menjurus kepada natijah akhir.

Saya hairan kenapa kita tidak boleh memahami perkara ini. Kita selalui menghadiri usrah, tamrin dan liqa' dalam PAS tetapi kita masih cetek untuk mengaplikasikannya bila menghadapi situasi sebenar.

Dalam usrah dan tamrin kita diceritakan bagaimana setelah kemenangan di Perang Hunain di pihak Muslimim, maka berlaku pembahagian harta rampasan perang di kalangan mujahiddin. Sebagai ketua angkatan perang, Rasulullah saw dengan hikmah dan kebijaksanaan baginda telah membahagi harta rampasan tersebut kepada mereka yang terlibat.

Namun, berlaku peristiwa yang tidak enak yang mana telah mengundang rasa tidak puas hati sesetengah sahabat baginda daripada golongan Ansar. Baginda Rasulullah saw telah membahagikan ghanimah kaum Hawazin yang telah ditewaskan kepada kaum Quraisy, Ghatfan dan Tamim dengan jumlah yang cukup banyak.

Golongan Ansar tidak berpuas hati atas pembahgian itu dan Nabi s.a.w telah menerangkan perkara ini.

Kita juga banyak kali berbincang dalam usrah dan tamrin bagaimana 50 orang sahabat ditugaskan sebagai pemanah yang turun daripada bukii Uhud dan mengingkari arahan Rasulullah s.a.w.

Banyak lagi cerita-cerita pengajaran yang perlu kita taat dan memahami strategi kepimpinan dalam usaha gerakan kita tetapi malangnya ada sebahagian kita ingkar dan membentuk kelompok yang ramai untuk mengingkari arahan kepimpinan.

Belajar dengan PAS Perlis


Di Perlis PAS bertanding 15 kerusi dan paling banyak kita boleh memang 2 kerusi. Perlis ada 3 kerusi Parlimen sahaja. Kita mempunyai kerusi yang sangat sikit untuk menang. Tapi apabila kepimpinan PAS mengarah satu kerusi diberikan kepada Dato' Seri Shahidan bin Kassim untuk bertanding sebagai calon PN. PAS Perlis akur.

Hasilnya PAS boleh dapat sebuah negeri Perlis. Malah Shahidan pula menjadi parlimen perang kita untuk menyerang dalam parlimen dan ceramah-ceramah umum. Ini sangat membantu tugas-tugas kita selama ini.

Rampas Pulau Pinang

Bagi merampas negeri Pulau Pinang nak tak nak kita perlu undi bukan Melayu terutama undi Cina. Ada 26 kerusi daripada 40 kerusi yang majoriti bukan Islam.


Dengan mengorbankan satu kerusi untuk Dominic Lau dan jika beliau berjaya kita ada peluang lebih untuk memecah undi bukan Melayu di sana.

Orang bukan Islam akan lebih yakin dengan PAS kerana sanggup memebrikan kawasannya demi kerjasama.

Tapi sekarang....?


Saya tak tahu kenapa Dominic Lau dihalang untuk menghadiri ceramah. Mungkin yang menghalang ada alasan tetapi bagi saya orang luar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

Kita berada dalam keadaan kempen, manipulasi lebih besar daripada kebenaran itu kita kena tahu. Banyak kali PAS kalah kerana manipulasi.

Walaupun PAS memohon maaf atas insiden membabitkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau yang didakwa 'dihalau' ketika Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN), Best di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Adakah ini boleh memadam perkara yang terguris?

Maaf, saya menulis mewakili pandangan umum yang melihat isu ini.


NASIR RAMLEE
Penulis Bebas






........
Komen: PAS kena banyakkan lagi tamrin dan usrah


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo