Seri Anwar Ibrahim berkata PAS kini bukanlah ‘asli' seperti dahulu yang memperjuangkan Islam sebagai dasar utama parti itu.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata PAS kini sudah 'bercampur' bukan sahaja dengan Bersatu malah Gerakan yang sebelum ini mencabar undang-undang hudud.
"Sekarang ini (Gerakan) rakan PAS... (dahulu) Gerakan bawa usul (cabar hudud) ke mahkamah, dia melawan PAS.
PAS Sebenarnya Sama
Dulu Semasa PAS berkawan dengan DAP dan PKR, DAP terima hudud sebagaimana PAS berkawan dengan BERSATU dan GERAKAN. Sama aje
Yang bezanya PKR pimpinan Anwar Ibrahim telah mengkhianti Islam dengan memberikan TARING kepada DAP untuk menolak Hudud dan Islam.
Ok kita lihat sejarah, sejarah tidak membohongi kita.
Pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau
Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas DAP pada masa itu tidak menolak Hudud yang
dibawa oleh PAS.
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.
Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
INi bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.
Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!
Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.
Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?
Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.
Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.
Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan
sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh membenarkan
usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN
Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties" Kenyataan
ini masih ada
pada Youtube.
Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!!
Selapas DAP dengan bantuan PKR taja AMANAH akhirnya DAP keluarkan Taring...
Tidak lain tidak bukan ANWAR IBRAHIM dan PKR yang menyebabkan DAP berubah daripada terima hudud menjadi penentang hudud. Amanah pula pemakinnya.
Hingga sekarang DAP memusuhi Islam dan Hudud hingga TG Nik Abdul Aziz terpaksa mengeluarkan kenyataan.
Kerjasama dengan PAS GERAKAN DAN BERSATU
PAS masih sama dengan dahulu mengambil inisiatif berkerjasama dengan Gerakan dan memperkenalkan Islam kepada Gerakan.
Yang berubah Anwar Ibrahim dan PKR
Dulu nak bantu rakyat sekarang nak bantu kroni
Dulu Anwar nak kuasa nak bantu rakyat tapi sekarang Anwar nak kuasa nak jadi diktator lebih hebat daripada Mahathir.
NASIR RAMLEE
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment