NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS dan UMNO bertukar tempat di Terengganu


Seminggu sebelum PRN saya telah membuat kunjungan ke Terengganu untuk melihat sejauh mana perkembangan kempen PRN di negeri berkenaan.

Sepanjang perjalanan saya daripada Kemaman ke Besut saya mememerhati bendera dan poster yang dipasang sepanjang jalan. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin kongsikan di sini.

Bendera BN/UMNO jarang kelihatan terutama di bandar atau pekan utama setiap dearah yang saya lalui. Bendera BN hanya kelihatan secara berkelompok di tempat-tempat tertentu yang percayai itu adalah kawasan UMNO Itu pun tertumpu pada kawasan berkenaan sahaja.


Pada keseluruhannya berdasarkan bendera BN, seolah-olah tak ada perlawanan besar antara PAS-UMNO yang menjadi musuh tradisi berpuluh tahun sebelum ini.


Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar dalam temuramah di Astro Awani sebelum pengumuman keputusan PRN semalam yang berkata bawawa beliau telah membuat tinjauwan dibeberapa tempat di Terengganu yang menyatakan ramai dikalangan penyokong PAS menganggap UMNO seperti tiada saingan dengan mengemukan calon yang seolah-olah tidak berhasrat untuk mengambil Terengganu.

Saya sendiri pernah bercakap dengan seorang CEO kerajaan negeri Terengganu yang bertugas di Kemanan untuk satu anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Beliau juga sebelum ini pernah menjadi salah seorang tenaga kerja utama dalam Harakah.

"UMNO macam tadok orang, calon pun lekeh macam tak nak berlawan dengan PAS"
katanya.

"Dok sedap mana nok berlawan" tambahnya.

Saya tanya boleh menang 32-0 ke? Dia jawab tak tahu, UMNO ni kita tak tahu strategi akhirnya.

Apabila keputusan PRN diumumkan PAS sapu bersih 32-0 dan sebelum ini pada PRU-15 kerusi parlimen PAS juga sapu bersih 8-0 dan pemilihan semula di Parlimen Kuala Terengganu daripada majoriti
majoriti 40,907 undi kepada 47,266 undi,.saya telah membuat kesimpulan UMNO kini menjadi parti yang kerdil sebagaimana PAS di Terengganu pada era 80an.

Dahulu PAS adalah parti kerdil walaupun bilangan ahlinya agak ramai juga jika nak dibandingkan dengan UMNO tetapi jentera PAS daif, kekurangan kewangan dan jentera parti yang sekadar berdasarkan kesedaran 'perjuangan'.


Tin milo yang dipotong dan diluruskan dijadikan lambang untuk di tampal di tiang-tiang elektrik. Guni-guni termasuk guni baja subsidi dijadikan kain bendera.

Jika UMNO masih bersama dengan Pakatan Harapan, masih mengharap belas insan DAP musuh ketat mereka sebelum ini tidak mustahil UMNO akan menjadi mengecil dan tinggal kelompok "karat biru" yang berjuang bersama UMNO. Mereka menjadi kerdil dan daif seperti mana PAS zaman 80an dahulu,

Anda akan melihat UMNO adalah saki baki perjuangan yang korup, kroni dan sakau. UMNO sebagai perjuangan Melayu telah dilupakan kerana UMNO bila bersama DAP mereka tidak lagi melaungkan perjuangan Melayu. Mereka telah menjadi pengkhianat Melayu dan bangsa sendiri.

Saya percaya ini boleh berlaku di Terengganu kalau pimpinan PAS Terengganu boleh bersikap matang dalam menangani masalah rakyat.


NASIR RAMLEE
Penulis Bebas





........
Komen: UMNO telah rosak oleh pemimpin yang rakus dan ahli yang bodoh


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo