NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OIC akan bertindak balas insiden bakar al-Quran

Anggota polis mengawal sekumpulan kecil bantah cemas al-Quran di dataran Mynttorget Stockholm, Sweden. - AFP



RIYADH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyuarakan kekecewaan dengan tindak balas 'lembab' Sweden dan Denmark mengekang pembakaran al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di Timur Tengah.

Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha menyeru kedua-dua negara mencegah penghinaan terhadap al-Quran dan menyuarakan kekecewaan bahawa tiada langkah diambil setakat ini.

"Adalah malang bahawa pihak berkenaan yang mendakwa kebebasan bersuara terus memberikan keizinan untuk mengulangi perbuatan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan tidak menghormati agama lain," kata Hissen Brahim semasa menghadiri mesyuarat luar biasa bagi isu ini.

Selepas mesyuarat tamat, OIC berkata, bahawa Hissen Brahim akan mengetuai delegasi ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menggesa pegawai di sana mengambil langkah perlu supaya perkara sama tidak berulang dengan alasan kebebasan bersuara.

Beliau juga menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres melantik pelapor khas untuk memerangi Islamofobia.

Semasa mesyuarat itu berlangsung, dua lelaki membakar al-Quran dalam protes terbaharu di Stockholm, Sweden.

Salah seorang lelaki itu adalah pelarian Iraq, Salwan Momika yang membakar naskah al-Quran di luar masjid utama Stockholm pada Jun dan awal bulan ini melakukan perkara sama di luar Parlimen. Lelaki kedua adalah Salwan Najem yang berasal dari negara sama.

Protes kali ini, sama seperti yang sebelumnya, hanya dihadiri sekumpulan kecil yang membantah perbuatan membakar al-Quran dan ditempatkan di luar sekatan polis.

Kumpulan kecil itu menjulang naskah al-Quran sambil mengibarkan bendera Iraq mengutuk perbuatan Salwan, yang terus mengejek dan melakukan provokasi terhadap mereka. - AFP


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo