Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Mohamad Norza Zakaria. |
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Mohamad Norza Zakaria hari ini membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meletak jawatan kerusi nombor satu badan induk tersebut pada hujung tahun ini.
Pengumuman tersebut menyaksikan Norza akan melepaskan jawatan lebih awal selepas beliau pada 15 Julai lalu mengumumkan akan meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Norza berkata beliau ketika ini sudah mempunyai beberapa calon berpotensi yang mampu menggalas tugas mengganti tempatnya menerajui BAM.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan calon yang dikenal pastinya untuk meneruskan legasi tampuk kepimpinan BAM.
“Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak, individu berkenan mesti lebih baik daripada saya, memahami sukan dengan baik, cukup bersemangat untuk memegang jawatan presiden tanpa ganjaran.
“Calon berkenaan mesti berusaha gigih ke arah memenuhi harapan rakyat dan peminat badminton,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur semalam.
Katanya, beliau juga telah menyerahkan nama calon yang berpotensi untuk mengambil alih jawatannya kepada ahli majlis BAM.
Norza pada sama masa menjelaskan keputusannya tiada kaitan dengan kemelut yang melanda antara BAM dengan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Misbun Sidek yang ditamatkan kontrak lebih awal susulan kegagalan di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, bulan lepas.
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment