NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nassuruddin angkat sumpah sebagai MB Kelantan


Anggota dewan undangan negeri (Adun) Meranti Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai menteri besar kesembilan Kelantan hari ini.

Mohd Nassuruddin, 58, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam istiadat diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, kira-kira jam 5.30 petang.

Turut mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V ialah Adun Temangan, Mohamed Fadzli Hassan, yang dipilih sebagai timbalan menteri besar.

Turut berangkat ke majlis pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar itu ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammmad Faiz Sultan Ismail Petra.

Istiadat angkat sumpah jawatan itu disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Roslan Abu Bakar; Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad; dan timbalannya Nik Abdul Kadir Nik Mohamad; serta Ketua Hakim Syarie Kelantan, Ibrahim Deris.

Mohd Nassuruddin yang sebelum ini merupakan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta mengisi jawatan itu yang ditinggalkan Ahmad Yakob.

Mohd Fadzli pula dipilih bagi menggantikan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

Sebelum ini dia berkhidmat sebagai Exco Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi Kelantan.

Dalam pilihan raya negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos lalu PAS-PN berjaya mempertahkan kerajaan negeri dengan mencatat kemenangan besar.

Daripada 45 kerusi dewan undangan negeri, gabungan terbabit menang 43 manakala PH-BN hanya menguasai dua kerusi lain.

Mohd Nassuruddin adalah menteri besar ketiga daripada PAS sejak parti itu berjaya menjadi kerajaan di Kelantan pada 1990.

Selepas majlis mengangkat sumpat Mohd Nassuruddin dan Mohd Fadzli, sembilan Adun lain yang dipilih sebagai exco baru pula mengambil giliran di hadapan Sultan Muhammad V.

Mereka ialah Md Anizam Ab Rahman (Kemahang); Dr Izani Husin (Kijang); Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Selising); Wan Roslan Wan Hamad (Pengkalan Kubor); Rohani Ibrahim (Tanjong Mas); Mohd Asri Mat Daud (Demit); Zamakhshari Mohamad (Apam Putra); Hilmi Abdullah (Guchil) dan wakil Bersatu, Kamaruddin Md Noor (Ayer Lanas).

Kamaruddin merupakan pengerusi Bersatu Kelantan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo