NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nahas treler tembikai, simen; 2 pemandu maut

Dua treler terbabit kemalangan menyebabkan dua maut dalam kemalangan di Kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara. (Gambar JBPM)


IPOH: Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang tadi.

Pengarah Bomba Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki turut disahkan maut,” katanya dalam kenyataan.

Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo