NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin tuntut Puad mohon maaf dakwaan berkait Covid-19, mahkamah diberitahu

Muhyiddin Yassin mengemukakan saman fitnah terhadap Puad Zarkashi kerana didakwa memfitnahnya berhubung kuarantin mandatori Covid-19.


KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pemimpin Umno, Puad Zarkashi, pada 2021 berhubung dakwaan yang dibuatnya mengenai perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Muhyiddin, yang menyaman Puad kerana memfitnah, berkata PMO mengeluarkan kenyataan rasmi pada 9 Feb, mempertikaikan dakwaan bahawa Muhyiddin enggan menjalani kuarantin mandatori Covid-19.

Kenyataan itu bertujuan mempertikaikan dakwaan Puad dan menjelaskan fakta berhubung perkara itu, termasuk Muhyiddin menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari kunjungan rasmi ke Jakarta, katanya dalam pernyataan saksi.

Puad, yang kini Speaker DUN Johor, didakwa memfitnah Muhyiddin dalam satu catatan Facebook bertarikh 9 Feb 2021, bertajuk “Kuarantin pun ada dua darjat?”

Ketika disoal balas oleh peguam Puad, G Rajasingam, Muhyiddin berkata, beliau menuntut permohonan maaf melalui PMO tetapi menafikan ia amaran buat ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu.

Muhyiddin mengakui dakwaan Puad serius tetapi berkata beliau tidak membuat laporan polis mengenainya.

Beliau bersetuju dengan penegasan Rajasingam bahawa catatan media sosial Puad, yang diterbitkan semula oleh tiga portal berita, hanya mengemukakan pertanyaan defendan mengenai perkara itu.

Muhyiddin juga bersetuju dengan Rajasingam bahawa laporan media tidak membayangkan beliau menyalahgunakan kedudukannya, enggan dikuarantin atau membuat kecoh di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sekembalinya dari Jakarta.

Muhyiddin memfailkan saman fitnah atas kapasiti peribadi pada 1 Mac 2021, selepas surat tuntutannya kepada Puad, memohon catatan itu dipadam, permohonan maaf secara terbuka serta pampasan RM10 juta, tidak dipenuhi.

Ahli Parlimen Pagoh itu menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk daripada Puad.

Perbicaraan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz bersambung esok.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo