NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto PN: Pemaju wajib bina 30% rumah sederhana rendah di P Pinang

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang (dua dari kiri) berkata, belia di negeri itu tidak mampu membeli rumah di negeri berkenaan. 


KEPALA BATAS: Variasi dasar rumah mampu milik sedia ada antara insentif ditawarkan Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang dalam manifestonya.

Pengerusinya, Dominic Lau berkata, sekiranya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, gabungan berkenaan akan mewajibkan pemaju membina 30% rumah kos sederhana rendah bagi rakyat Pulau Pinang.

Ketika ini, kerajaan negeri mengekalkan syarat pemaju mesti memenuhi 30% keperluan kuota perumahan kos sederhana rendah dalam projek mereka.

Bagaimanapun, ia menyediakan pilihan buat pemaju yang tidak dapat membina perumahan segmen itu membayar RM120,000 bagi setiap unit perumahan tersebut yang tidak dapat dibina.

Lau berkata, kerajaan PN Pulau Pinang akan membina rumah mampu milik berharga bawah RM100,000, sambil membidas kerajaan negeri sementara kerana gagal menyediakan perumahan mampu milik bagi rakyatnya.

“Orang muda tidak mampu beli rumah dibina di Pulau Pinang.

“Hanya warga asing boleh membeli rumah sebegini,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan manifesto di Hotel Seri Malaysia.

Selain perumahan mampu milik, janji lain dibuat gabungan pembangkang antaranya:


* Subsidi RM1.5 juta bagi program latihan industri untuk anak syarikat negeri dan syarikat swasta.

* RM5 juta insentif untuk nelayan.

* Hapus bayaran lesen bagi penjaja kecil.

* RM14 juta dana kepada sekolah agama, sekolah missionari, dan sekolah vernakular.

* RM1,200 bantuan tunai kepada pelajar tahun pertama universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG), dan RM500 tunai untuk kemasukan ke matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

* Perkenal Rapid Transit Automatik (ART) bagi penyuraian kesesakan lalulintas dan menyemak Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Pada PRN Pulau Pinang, Gerakan bertanding 19 kerusi, diikuti PAS (10), dan Bersatu (11).


Sumber I FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo