KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendekatan strategik terhadap ketum menggariskan usaha Malaysia untuk mengekalkan budaya dan kemajuan ekonomi.
"Strategi holistik negara melibatkan semua pihak berkepentingan, mengimbangi kemajuan dengan warisan,” katanya semasa pelancaran Persidangan Perubatan Integratif Antarabangsa Keempat dan Kongres Asia yang julung kali mengenai Ketum di sini pada Sabtu.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, melangkaui kepentingan ekonomi, sektor komoditi Malaysia memainkan peranan penting dalam menjamin rantaian bekalan makanan dunia.
"Terutamanya, minyak sawit dan koko kita adalah bahan penting dalam pelbagai produk makanan yang dihasilkan secara bertanggungjawab dan mampan," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan ketum di Malaysia dikawal selia dengan teliti oleh undang-undang dan dasar yang ketat.
"Oleh itu, pembangunan ketum, tumbuhan tropika yang terkenal dengan sifat perubatannya yang mengandungi alkaloid psikoaktif ke dalam industri, mesti seimbang dengan potensi manfaat dan risikonya,” katanya.
Justeru, Fadillah berkata Malaysia menggunakan pendekatan pelbagai aspek yang melibatkan pengawalseliaan, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.
Rangka kerja undang-undang dalam tadbir urus ketum merangkumi Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengenakan kawalan ketat ke atas penanaman, pemilikan dan penjualan.
"Sejajar dengan itu, komitmen kerajaan terhadap penyelidikan saintifik menekankan dedikasinya untuk membuat keputusan termaklum,” katanya.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata kerajaan kekal komited terhadap pembuatan keputusan berasaskan data serta menyesuaikan peraturan mengikut keperluan untuk mengharmonikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment