Persidangan BRICS ke-15 di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini menyaksikan kemasukan negara-negara baharu termasuk Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Pakar ekonomi bebas Dato’ Dr Ramalan Yunus berkata, Indonesia juga bakal menyertai pertubuhan tersebut sebagai protes kepada kezaliman ekonomi yang dipelopori Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
“Isunya adakah Malaysia masih menetapkan polisi sedia ada yang berkiblatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau menyertai BRICS.
“Ini merupakan satu persoalan besar yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tambah beliau, pelbagai negara mula menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap ketidakadilan sistem matawang Dolar dan negara G7 yang dianggotai Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom.
Menurutnya juga sistem kewangan dunia memanga bersifat tidak adil di mana banyak negara menjadi mangsa termasuk Venezuela, Indonesia dan Malaysia.
Ekoran itu kata beliau ekonomi negara Malaysia bakal menerima tempias kejatuhan Dolar selagi masih berkiblat ekonomi negara-negara Barat.
“Kita boleh lihat apabila Dolar dan Euro diserang pertubuhan BRICS maka nilai matawang kita turut menerima kesan yang buruk kerana terikat dengan Dolar,” katanya.
Ditanya mengenai langkah yang boleh diambil rakyat biasa berdepan dengan situasi itu Dr Ramalan menasihatkan tidak mengambil hutang dengan mana-mana institusi kewangan.
“Harus ingat isu kewangan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan sentimen politik kerana ia akan memberi kesan yang buruk jika kerajaan masih leka,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment