Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu air di negeri itu disensasikan untuk tujuan politik sedangkan ia bukan masalah yang begitu besar. |
PETALING JAYA: Isu air di Kelantan bukan satu masalah besar untuk PAS terus menerajui negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau yang juga naib presiden PAS berkata ini kerana penduduk kampung faham dengan masalah yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian mereka sendiri.
“Kita juga menjelaskan dengan cara yang baik apa masalahnya. Macam isu air kita cerita (masyarakat), jadi setakat ini berdasarkan pengalaman kita sendiri berjumpa orang ramai, mereka boleh faham.
“Tetapi yang jadi kecoh sebab ini politik dan yang sensasi politik. Benda kecil pun jadi besar. Itu masalahnya.
“Orang kampung sendiri dia faham dan kadang-kadang kes itu (air) dia selesai sendiri. Contoh kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi. Dia (masyarakat) cari penyelesaian sendiri. Sebab itu bagi di kampung ini bukan perkara besar, bukan isu yang besar (masalah air),” katanya menurut Berita Harian.
Selain itu, Amar mengakui ada kawasan memang mengalami masalah bekalan air namun telah diselesaikan dengan menghantar lori tangki.
Katanya, kemungkinan usaha kerajaan negeri itu kurang disampaikan kepada masyarakat menyebabkan ia terus dijadikan isu.
“Contoh, di Teluk Mesira, Bachok yang mengalami masalah air sebelum saya jadi wakil rakyat. Alhamdulillah sekarang (air) sudah selesai apabila kita buat loji rawatan air mini.
“Kita buat khusus di kawasan Teluk Mesira dengan menggunakan teknologi yang dicipta oleh anak Kelantan sendiri dia panggil teknologi oksigen untuk membersihkan air. Saya tengok masa kita buat, air boleh minum terus dari paip kerana air itu bersih,” katanya.
“Pencapaian itu tidak disebar dengan secara meluas. Apa yang positif yang dibuat kerajaan dia tidak ambil, dia cari yang negatif. Itu jadi masalah dan sekarang kita berdepan dengan serangan politik bukan isu sebenar,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment