KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu untuk menolak empat tuduhan rasuah tersebut.
Hakim Jamil Hussin berkata tuduhan tersebut tidak mendedahkan dengan jelas sebarang kesalahan dan tidak jelas bagi beliau untuk menyediakan pembelaannya.
“Tuduhan ini cacat dan saya menggunakan kuasa saya kerana terdapat penyalahgunaan proses,” katanya.
Jamil berkata dengan demikian, tuduhan-tuduhan tersebut ditolak dan pemohon (Muhyiddin) telah dibebaskan.
Pada 10 Mac lepas, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment