NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah Persekutuan tolak cubaan peguam UK ketepi 2 hakim dengar rayuan

Mahkamah Persekutuan menolak cubaan Jonathan Laidlaw KC mengetepikan Hakim Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais daripada mendengar rayuannya.


PUTRAJAYA: Peguam UK, Jonathan Laidlaw gagal mengetepikan dua hakim Mahkamah Persekutuan daripada mendengar rayuannya untuk diterima mewakili Najib Razak dalam rayuan kes SRC Internationalnya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof mengumumkan penolakan terhadap permohonan Laidlaw untuk mengetepikan Hakim Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais daripada mendengar rayuan Laidlaw.

Katanya, mahkamah akan terus mendengar permohonan Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan Laidlaw atas alasan ia bersifat akademik.

Majlis Peguam berkata, rayuan Laidlaw menjadi akademik selepas Mahkamah Persekutuan mendengar dan melupuskan rayuan terakhir Najib daripada sabitan serta hukumannya pada Ogos 2022.

Terdahulu, Shafee Abdullah yang mewakili Laidlaw mahu mengetepikan Nordin dan Abu Bakar atas alasan mereka mendengar permohonan Najib untuk mahkamah tertinggi itu menyemak sabitan serta hukumannya awal tahun ini.

Shafee berkata, semakan itu menyentuh beberapa isu berkaitan rayuan sekarang.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo