Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan Terengganu juga melantik Adun pembangkang dari NGO termasuk kalangan bukan Islam. |
KUALA LUMPUR: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan Terengganu melantik 10 Adun dalam kalangan NGO dan golongan minoriti terdiri daripada individu bukan Islam.
Beliau berkata, mereka yang dipilih luar daripada proses pilihan raya itu akan berfungsi sebagai pembangkang bagi memastikan ada proses semak dan imbang.
Menurutnya, ia juga peluang PAS di Terengganu “membuktikan” mereka adalah kerajaan bertanggungjawab.
“Apa kata kerajaan negeri Terengganu lantik 10 Adun daripada golongan NGO, wanita, dan minoriti contohnya golongan bukan Islam dan sebagainya.
“Jadi, bagi saya ini peluang untuk PAS Terengganu membuktikan bahawa mereka menggunakan majoriti ini dengan cara bertanggungjawab,” katanya dalam sesi soal jawab pada sidang kemuncak “Malaysian Student Leaders”.
Baru-baru ini, Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri mempertimbangkan melantik Adun tanpa proses pilihan raya susulan ketiadan pembangkang dalam DUN.
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tewas kepada PAS di 32 kerusi pada PRN lalu.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu, kerajaan negeri ada kuasa melantik Adun sekiranya ada kelompok tertentu, kaum atau apa jua yang tiada perwakilan.
Dalam pada itu, Khairy juga meminta agar pemerkasaan NGO ini dilaksanakan di semua negeri bukan sahaja Terengganu.
Beliau berkata, ia penting bagi memastikan sistem demokrasi negara tidak hanya bergantung kepada institusi formal yang dipengaruhi badan kerajaan.
“Kita selalu ingat dengan ada tiga cabang (eksekutif, perundangan, dan kehakiman) ada semak imbang di situ, tidak.
“Perundangan berkait dengan eksekutif dia banyak kawan dalam Parlimen…jadi pengaruh masih ada, badan kehakiman perlantikan mesti juga melalui perdana menteri jadi masih beliau (perdana menteri) ada pengaruh di situ,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment