KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka sekolah khas pada tahun hadapan yang akan menempatkan pelajar-pelajar miskin di seluruh negara, seperti yang dilaporkan media massa.
Pastinya pengumuman tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen dan juga ahli-ahli akademik.
Ada yang bersetuju dan ada tidak bersetuju kerana merasakan para pelajar di negara ini tidak lagi memerlukan sekolah khas yang baharu.
Cukuplah dengan sekolah dan juga sistem pendidikan yang ada hari ini, cuma apa yang perlu dilakukan ialah memberi perhatian serta memperkasakan sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada hari ini.
Kerajaan juga disarankan menggunakan dana serta bajet yang telah diperuntukkan untuk memperbaiki segala kemudahan di sekolah-sekolah yang memerlukan memandangkan banyak sekolah-sekolah di negara ini dalam keadaan daif terutamanya di kawasan pedalaman.
Pada masa yang sama, KPM juga berhadapan dengan masalah kekurangan guru dan sekiranya sekolah baharu 'untuk pelajar miskin' dilaksanakan, sudah tentu tidak akan menyelesaikan masalah ini.
Hari ini dengan pelbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan kerajaan seperti sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), rasanya eloklah sekiranya kesemua ini diberikan tumpuan semula objektif asal penubuhannya.
Kecemerlangan akademik tidak seharusnya menjadi sandaran kemasukan ke SBP dan MRSM sebaliknya pendapatan keluarga perlu diberikan keutamaan iaitu selari dengan matlamat asal penubuhannya.
Lagipun, sekolah baharu yang bakal beroperasi ini dikhabarkan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains atau SBP.
Jadi di manakah kelainan yang cuba ditampilkan melainkan ia sememangnya dikhususkan buat golongan pelajar paling miskin di negara ini, sedangkan definisi miskin juga masih belum jelas.
Diharapkan akan ada perbincangan dan juga perancangan lanjut dengan mereka yang arif dalam bidang ini sebelum kerajaan melaksanakan pembukaan sekolah khas pelajar miskin ini yang mungkin akan merugikan negara.
Bagaimanapun tidak dinafikan apa juga yang ingin dilakukan kerajaan untuk para pelajar daripada keluarga paling miskin di negara ini agar mereka tidak keciciran dalam arus pendidikan negara seharusnya diberikan pujian.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Kami ingin memaklumkan kepada semua orang di kawasan Kepong & Selayang tentang keberadaan Datuk Yip Kum Fook, kerana lelaki ini sangat jahat dan menipu orang semasa menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong...dia memang bangga dengan diri sendiri dan terganggu mereka yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual makanan di tepi jalan, dia selalu menelefon DBKL untuk mengganggu orang dan meminta wang.
ReplyDeleteKami faham kenapa anda perlukan wang kerana anda hanya menjalankan kedai perabot di sudut Taman Daya berhampiran Taman Desa Jaya....anda dapat duit dari orang ramai dan mengganggu mereka tanpa segan silu dari Allah (Tuhan)
Sekarang ramai orang menyiarkan dan berkongsi maklumat anda di laman web internet supaya semua orang tahu tentang anda tetapi memberi wang kepada seseorang untuk memadamnya, adalah pemikiran yang buruk dalam ajaran agama.
Rumah aku dekat rumah Simon Low Kok Meng dan kedai perabot kau, tempat tu kuil Hindu tapi kau bakar habis, kuil Hindu kena pindah ke lokasi lain.
Dari …Fatt, kedai makan, Jalan besar kepong