PETALING JAYA: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) menubuhkan Kursi Ismail Sabri Yaakob sebagai usaha memperkenal sekali gus mempromosikan pengajian bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di Thailand.
Penubuhan kursi itu diumumkan Pengarah TGBC, Dr Prattana Srisuk dalam majlis di Bangkok.
Difahamkan, ia adalah kursi pertama di institut pengajian tinggi negara itu yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan bahasa Melayu.
Sementara itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha memartabatkan bahasa Melayu di rantau ini.
Bekas perdana menteri berharap penubuhan kursi itu akan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di negara berkenaan.
“Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara. Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
“Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua Asean,” katanya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat” di kolej itu.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment