Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
“Erti kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan jiwa dan minda. Kita tidak mahu berhati penjajah.
“Bicara lidah loghatnya Terengganu, namun bahasanya menjulang naratif penjajah,” katanya pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.
Turut berangkat Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, kerabat-kerabat diraja, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.
Menurut Dr Ahmad Samsuri, rakyat Terengganu mempunyai jati diri yang terakam kukuh dalam sejarah panjang.
“Identiti dan jati diri kita telah dipupuk dan disemai sejak ratusan tahun dahulu berlandaskan Islam dan pemerintahan Islam.
“Negeri kita ini ditadbir kerajaan Islam sejak 700 tahun dahulu. Ini dibuktikan melalui tulisan yang terukir kukuh pada Batu Bersurat bertarikh 1303 masihi.
“Disambung pula Sultan Zainal Abidin I, Baginda Omar dan Sultan Zainal Abidin III yang membangunkan Itqan al Muluk Bita’dil As-Suluk sehingga datangnya penjajah,” katanya.
Justeru itu, beliau berkata, menjadi tugas dan peranan rakyat Terengganu untuk mengembalikan identiti dan jati diri yang sebenar.
Menurutnya, ia memberi kemerdekaan dari segi fizikal, jiwa dan minda rakyat.
“Ini merupakan perjuangan yang berterusan tiada noktah,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/8/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment