NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ebit Lew: Perisian tak dapat kenalpasti data dipadam



TENOM: Mahkamah Majistret di sini hari ini, diberitahu perisian XRY yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.

Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit tersebut, ada kemungkinan mesej teks telah dipadam.

Latifah berkata beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga, Firdaus Wong Wai Hung.

"Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan 'Nobody' mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua inidvidu lain," katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.

- BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo