Kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya pada Isnin menimbulkan persoalan dan persepsi terhadap Kerajaan Perpaduan. |
JOHOR BAHRU - Kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya pada Isnin menimbulkan persoalan dan persepsi terhadap Kerajaan Perpaduan.
Hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada pencapaian parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15 serta keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.
"Tsunami PRU14, gelombang PRU15, sama sahaja PRN15.
Kerajaan Perpaduan bukan lagi penawarnya," menurut hantaran berkenaan.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang antaranya mahukan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berani dan lantang bersuara.
"Bersuara Tan Sri. Jangan 'denial syndrom'.
Cakaplah kebenaran walaupun pahit," tulis Ahmad Fansuri Mohd Nasir.
Shafiq Gaphar pula menulis dengan mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah 'penawarnya'.
"Zahid Penawarnya.. turun Zahid mujarab lahh..," tulis Shafiq ringkas.
Pendapat itu turut disokong Suria Karto: "Zahid Hamidi dah tak relevan. Malah sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) pun tak ada impak. Akar umbi makin menyampah bila kata tak dikota. Nama DSN dijaja untuk meraih sokongan sahaja."
Jamal Masrin pula secara berkias menyatakan perlunya 'rawatan' dilakukan namun harus dipastikan tiada unsur yang memudaratkan.
"Pertama kita perlu rawat diri sendiri. Ada pelbagai jenis rawatan namun pastikan semuanya tiada unsur bahan kimia yg boleh bawa kematian mengejut atau dalam jangka panjang akan merosakkan. Kami pemerhati tetapi anda adalah ahlinya."
Sementara Joe Frazer pula mencadangkan sebaliknya: "Kalau rasa tak ada penawarnya UMNO boleh lah tarik diri. Biar Kerajaan Perpaduan tumbang dan Malaysia akan ditadbir oleh Kerajaan Perikatan Nasional."
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment