NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan tetap sedia bas percuma kepada pelajar IPT balik mengundi



TANAH MERAH - Kerajaan negeri tetap meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini sebagai kemudahan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, secara umum perkhidmatan berkenaan dilihat seolah-olah untuk membeli undi.

Bagaimanapun, beliau menafikan sangkaan berkenaan dan ia merupakan satu janji kerajaan negeri kepada rakyat.

"Ada pelajar IPT yang tidak mempunyai kewangan mencukupi tetapi pada masa sama mahu menjalankan tanggungjawab mengundi.

"Jadi kita membuat keputusan menyediakan perkhidmatan bas percuma," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Kelantan Maju Rakyat Sejahtera (Manifesto PRU Dewan Negeri Kelantan ke-15) pada Isnin.

Beliau pada masa sama mahu pihak terbabit memberi penjelasan mengenai isu berkenaan bagi memudahkan pelaksanaannya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilaporkan memberitahu, pengundi perlu tahu hak sebagai pengundi dan bertanggungjawab untuk pulang mengundi tanpa berharap menerima sebarang 'pertolongan' daripada calon bertanding.

Azam turut memaklumkan, pemberian wang kononnya sedekah, bayaran tiket bas atau memberi ole-ole ketika musim pilihan raya merupakan suatu kesalahan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu Ahmad berkata, pihak berkenaan perlu ada panduan berkaitan pelaksanaan yang dilakukan itu sama ada berbentuk rasuah atau sebaliknya.

Pada 6 Julai lalu, kerajaan negeri mengumumkan menyediakan perkhidmatan bas kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi pada PRN pertengahan Ogos.

Keputusan berkenaan dibuat melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 21 Jun lalu bagi memudahkan pelajar di luar Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo