NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kadar pelawat harian ’Price Catcher’ hanya 2,000 orang

Pemangku Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Ali berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan kekerapan penggunaan ‘Price Catcher’ dalam kalangan rakyat.



PETALING JAYA: Aplikasi “Price Catcher” yang kurang sambutan akan ditambah baik, kata pemangku Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Ali.

Beliau berkata, pihaknya tidak berpuas hati mengambil kira aplikasi itu hanya dimuat turun 293,499 orang sahaja dengan pelawat harian 2,000 orang berbanding populasi negara.

“Setakat ini aplikasi itu telah dimuat turun seramai 293,499 orang sahaja berbanding jumlah populasi negara kita, kadar pelawat harian pula hanya 2,000 orang, sedangkan maklumat di dalam aplikasi itu sebenarnya cukup bermanfaat.

“Kita masih belum berpuas hati, sebab itu kita telah bincangkan dan menjadi agenda untuk dapatkan pandangan, input daripada pemegang taruh kementerian dan sebagainya, bagaimana dan apa bentuk supaya aplikasi ini dapat digunakan secara meluas,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Outreach Sara Hidup di bawah inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor 2023, Johor Bahru.

Armizan berkata, aplikasi itu menyenaraikan 480 barangan, dan pengguna boleh mendapatkan maklumat perbandingan harga barangan pilihan di premis yang berada dalam radius 10km bagi Semenanjung, dan 20km bagi Sabah dan Sarawak.

Katanya, sejak dilancarkan pada 2019, sistem aplikasi itu telah melalui dua proses tambah baik.

Aplikasi Price Catcher boleh dimuat turun menggunakan telefon bimbit yang mempunyai platform iOS dan Android.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo