NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawi siasat orang Islam baca doa dalam acara libat bukan Islam

Terdahulu tular video memaparkan seorang lelaki Islam membaca doa pada majlis di Kuala Lumpur yang turut membabitkan acara doa orang bukan Islam.


PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat isu bacaan doa oleh orang Islam pada majlis turut membabitkan bacaan doa orang bukan Islam.

Dalam kenyataan, Jawi berkata siasatan dibuat bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa.

“Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Semua pihak dinasihatkan sentiasa merujuk kepada pihak autoriti agama bagi memastikan tindakan dilaksanakan mengikut lunas hukum syarak yang ditentukan,” katanya.

Jawi mengeluarkan kenyataan itu susulan video tular memaparkan seorang lelaki Islam membaca doa pada majlis pecah tanah di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada acara sama turut diadakan acara doa orang bukan Islam.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo