NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatan speaker DUN NS, PH tak bincang dengan BN, kata Adun Umno



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Negeri Sembilan mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berunding dengan Barisan Nasional (BN) untuk melantik calon speaker DUN negeri itu.

Setiausaha Umno negeri Mustapha Nagoor berkata pihaknya pernah memohon sama ada jawatan speaker atau timbalan diberikan kepada BN bagi mengambil kira semangat kerajaan perpaduan.

Semalam, Menteri Besar Aminuddin Harun mengumumkan speaker DUN Negeri Sembilan akan diisi wakil Amanah, manakala timbalannya dari PKR.

Katanya, pelantikan itu adalah untuk memberi keseimbangan dalam kerajaan perpaduan Negeri Sembilan.

Mustapha yang juga Adun Palong berkata, beliau meminta Aminuddin mempertimbangkan keputusan itu dengan mengambil kira sensitiviti dan perasaan semua komponen yang menubuhkan kerajaan perpaduan.

“Di situlah kebersamaan dan kejituan yang memerlukan perbincangan untuk menghormonikan setiap keputusan termasuklah jawatan ini,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Katanya, masih ada masa untuk BN dan PH untuk berunding (pelantikan speaker dan timbalan) kerana sidang khas DUN bagi majlis angkat sumpah Adun akan diadakan 26 September depan.

“Ada masa panjang, jadi bolehlah buat perbincangan. Kalau tak dapat speaker, sekurang-kurangnya timbalan kepada BN. Kita dua gabungan ini sahaja yang tubuhkan kerajaan negeri,” katanya.

Tambah Mustapha lagi “keputusan secara bersama” amat penting bagi menjadikan Negeri Sembilan dijadikan contoh kekuatan kerajaan perpaduan.

Pada PRN 12 Ogos lalu, BN memenangi 14 daripada 17 kerusi DUN yang ditandingi di Negeri Sembilan manakala PH menang 17 daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo