NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Janji 6 bulan atasi masalah banjir, jalan rosak lepas menang




SEREMBAN – Mahu memastikan masalah banjir, jalan rosak dan longkang tersumbat selesai dalam tempoh enam bulan selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 12 Ogos ini.

Itu janji calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang, Datuk Chua Eng Pun yang menggariskan lima komitmennya untuk ditunaikan kepada rakyat seawal enam bulan selepas mendapat mandat.

“Dalam tempoh enam bulan selepas menang PRN, pengundi akan nampak saya selesaikan masalah utama banjir, kemudahan asas, jalan berlubang dan longkang tersumbat.

“Ini hanya dalam masa enam bulan sahaja boleh nampak hasilnya berbekalkan pengalaman saya selama 20 tahun menjadi jurutera awam,” katanya ketika ditemui pada kempennya, di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili Gerakan berkata, isu lain yang turut diberi perhatian adalah memperkasa sektor ekonomi gig untuk belia dan menyediakan fasiliti penjagaan harian terhadap warga emas.

“Selama tiga penggal Pakatan Harapan (PH) menguasai DUN ini, tidak banyak perubahan dilakukan di Temiang malah agak ketinggalan sedangkan ia terletak dalam kawasan ibu negeri.

“Banyak lagi pembaharuan boleh dilakukan termasuklah menggantikan penempatan rumah setinggan, mewujudkan kawasan Tanah Perkuburan Islam dan meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.

DUN Temiang yang mempunyai 13,085 pengundi menyaksikan pertandingan tiga penjuru menentang penyandangnya dari PH, Ng Chin Tsai dan Ahmad Qusyairi Abdull Rahim mewakili parti MUDA.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Chin Tsai mengekalkan kemenangan DAP selama tiga penggal berturut-turut dengan majoriti 3,063 undi menewaskan calon BN dan Pas. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo