NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan tayang suami di media sosial nanti ramai berkenan - Che Ta

PETALING JAYA – Bimbang suami tersayang, Zain Saidin menjadi rebutan wanita lain, pelakon Rozita Che Wan menasihatkan para isteri agar tidak kerap berkongsi foto mahupun momen indah bersama suami dalam media sosial.

Kata pelakon asal Kedah yang mesra disapa Che Ta itu, lelaki bersatus suami orang kini lebih laris dan menggiurkan berbanding jejaka bujang atau duda.

“Kepada semua isteri, zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial nanti ramai yang berkenan.

“Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

“Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.

Susulan itu, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita memberikan respons dan komen positif tanda bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan aktres yang juga usahawan berjaya itu.

“Sokong, tayang suami nanti kena kebas. Sekarang ni ramai kempunan suami orang, seram juga ada jenis wanita macam itu,” komen netizen itu.

“Biar muka kita saja penuh dalam media sosial, suami kita sorok dalam almari, bukan melebih-lebih tapi sekadar berhati-hati, ramai minat suami orang,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok.

Che Ta, 50,  dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai pada 8 Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo