NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan sampai 47 kes rasuah, jenayah Zahid digugurkan

MELIHAT kepada senario kerajaan semasa, jangkaan ini besar mungkin akan berlaku dan bakal menjadi satu sejarah hitam buat Malaysia.

Sejak 2018, pelbagai cubaan untuk melengahkan dan menghentikan kes rasuah dan jenayah yang melibatkan Presiden Umno ini.

Beliau begitu terdesak sehingga sebelum ini pernah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang campur tangan untuk menggugurkan kes beliau.

Semestinya permohonan ini ditolak. Zahid juga tidak dilantik memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan Persekutuan.

Kini di era PMX dan Kerajaan Madani:

1. Zahid diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

2. Zahid diberi semula pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal.

3. Zahid dapat kekal sebagai Presiden Umno walaupun melanggar perlembagaan parti.

4. Zahid dapat menangguhkan perbicaraan 47 kes rasuah dan jenayah beliau.

Apa yang menarik ialah pada Januari 2023, Zahid telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Dan terbaru, status Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang telah mengajukan soalan bertalu-talu kepada Zahid semasa perbicaraan kes Zahid sebelum ini menjadi tanda tanya kepada ramai pihak sama ada beliau telah disingkirkan dari pasukan pendakwaan atau telah diganti.

Ketika ditanya oleh wartawan NST berkenaan status Raja Rozela, salah seorang peguam dalam pasukan pendakwaan hanya berkata, “Saya tidak dapat pastikan sama ada Raja Rozela dibuang secara kekal daripada kes itu”.

Manakala tiada penjelasan rasmi setakat ini dibuat oleh Peguam Negara.

Malang sungguh Malaysia jika benar ia berlaku.

Bukankah memang menjadi tugas pasukan pendakwa raya untuk melaksanakan pendakwaan berdasarkan lunas undang-undang?

Jika benar 47 kes rasuah dan jenayah Zahid digugurkan selepas PRN ini, maka kes ini akan menjadi aib kedua terbesar buat negara selepas kes 1MDB.

Rakyat sedang memerhati.

“Malaysia Sejahtera”

YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
7 Ogos 2023 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo