NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jalan Gua Musang mula sesak, perantau Kelantan pulang mengundi

GUA MUSANG: Anak-anak Kelantan di perantauan mula pulang ke kampung halaman melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan lampu isyarat menuju bandar ini mula sesak dengan kenderaan perantau, namun keadaan lalu lintas masih terkawal setakat pukul 5 petang tadi.

Situasi perantau pulang dijangka berterusan sehingga malam ini.

Seorang perantau yang ditemui, Nik Yusri Nik Hamid, 40, berkata, dia bertolak dari rumahnya di Kuala Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Perjalanan saya bersama keluarga dari Kuala Selangor ke Gua Musang adalah lancar walaupun berlaku pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur.

“Saya sampai di sini kira-kira pukul 6 petang dan sempat berhenti rehat di Hentian Gua Musang untuk makan dan solat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Bakar Daud, 55, memberitahu, dia mengambil cuti pada hari ini untuk pulang ke kampung di Gua Musang bagi mengelak berdepan masalah kesesakan lalu lintas.

“Saya sampai di Gua Musang pada pukul 3 petang tadi dan aliran trafik lancar. Cuma trafik sedikit perlahan ketika melalui kawasan pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) kerana laluan dua hala kawasan itu agak sempit.

“Walaupun saya bekerja di luar tetapi saya masih belum tukar tempat mengundi dan menjadi tanggungjawab saya untuk pulang memilih wakil rakyat serta meraikan sistem demokrasi negara,” ujarnya. – UTUSAN 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo