NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jais masih siasat Fahmi berhubung ucapan di masjid walaupun tiada tindakan oleh polis



Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata pihaknya masih menjalankan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap Fahmi Fadzil selepas ketua komunikasi PKR itu didapati berucap di depan jemaah di sebuah masjid di negeri itu, tindakan yang mengundang tanda tanya berikutan titah sultan melarang ahli politik daripada menggunakan masjid untuk apa jua bentuk aktiviti.

Jais, yang melancarkan siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama, berkata pihaknya masih meneliti semua elemen dan fakta, walaupun polis semalam mengumumkan Fahmi tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Kita juga akan meneliti titah Tuanku.

"Kalau didapati betul (melanggar titah), barulah pertuduhan akan berlaku, " katanya kepada MalaysiaNow, sambil menambah bahawa adalah tidak wajar untuk Jais mempercepatkan siasatan hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

Semalam, polis mengesahkan ucapan ahli Parlimen Lembah Pantai itu tiada unsur kempen bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Fahmi berkata, beliau dijemput oleh pihak pengurusan masjid untuk memberi penerangan mengenai insiden bercium antara pasangan sejenis membabitkan kumpulan rock, The 1975 yang mencetuskan kontroversi di Sepang baru-baru ini, di mana kementeriannya diserang kerana memberi kelulusan kepada kumpulan muzik Britain itu yang sebelum ini pernah melakukan perbuatan sama di negara Islam lain.

Insiden itu juga telah menjadi intipati ucapan dalam kalangan pemimpin pembangkang sewaktu kempen PRN ketika ini, yang menggesa Fahmi mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Jais berulang kali memberi amaran kepada ahli politik menjelang PRN pada 12 Ogos, berkata masjid dan surau di negeri itu dilarang untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). 

Menurut jabatan itu sesiapa yang didapati menggunakan masjid untuk berpolitik disifatkan telah menghina, mengingkari dan melanggar titah Sultan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Mengikut peraturan semasa, hanya individu yang diberi tauliah oleh Mais dibenarkan menyampaikan ucapan, syarahan, khutbah atau pengajaran di masjid dan surau di Selangor. 


Sumber I MalaysiaNow 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo