Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia menafikan pembabitan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam urusan tender pembekalan kain bagi jabatan itu seperti dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan semua perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan tender kerajaan.
"Tender pembekalan kain ini juga tertakluk kepada peraturan kewangan ditetapkan dan semua syarikat dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan melepasi tiga peringkat penilaian.
"Ia membabitkan peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya.
Menurutnya, Lembaga Perolehan KDN untuk tender itu bersidang hanya sekali sahaja iaitu pada 10 Julai lalu untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya.
"Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini," katanya.
Terdahulu, terdapat dakwaan kononnya syarikat yang gagal dari segi teknikal dan kewangan mendapat tender pembekalan kain di Jabatan Penjara Malaysia kerana menggunakan 'kabel' Saifuddin yang tular di media sosial, baru-baru ini.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment